Thursday, May 14, 2015

PASCA BANJIR

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca,


Pada perkongsian sebelum ini, kami kongsikan gambar-gambar ketika peristiwa banjir. Tetapi untuk kali ini, kami nak kongsikan suasana pasca banjir pula. Agak-agak macamane ye keadaan kandang-kandang kambing setelah ditenggelami air hampir berminggu-minggu kan ketika banjir? 



Gambar selepas air bah telah surut





Sedih juga bila mengenangkan peristiwa ini, sedih bila melihat keadaan kandang yang kotor, rumput-rumput yang mati, kambing-kambing yang mati dan yang paling menyedihkan adalah banyak mesin dan alatan PH Agro rosak ditenggelami air bah. Tetapi apakan daya, semuanya pasti perlu dilihat pada sudut yang berbeza iaitu semua ini adalah ujian dari-Nya untuk mnguji tahap keimanan setiap hamba-Nya.







Selain daripada gambar-gambar sekitar kandang kambing PH Agro, kami pun nak kongsikan sedikit gambar pasca banjir sekitar bandar Temerloh. Dan perkara yang sering berlaku selepas banjir ini ialah banyak kedai-kedai di kawasan yang terlibat dengan banjir akan mengadakan lelong. PH Agro juga tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan barang-barang lelong ini dengan harga yang murah..heee..



Gambar sekitar bandar Temerloh




Walaupun peristiwa ini telah lama berlau, tetapi apa pengajaran yang kami dapat daripada peristiwa banjir ini ialah antaranya nilai kesabaran kita ketika menangani masalah-masalah ketika banjir itu amat penting dan yang kedua, kita perlu sentiasa bersedia dengan apa juga perkara yang akan berlaku kepada kita. Begitu juga dalam perniagaan, jangan selalu merasa berada di zon selesa, tetapi sentiasa berwaspada kepada  perubahan semasa dan persekitaran. 

..Semoga bersua lagi...


Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat, 
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960


-NZ

DUGAAN KETIKA BAH BANJIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca,

Sebelum pergi terus kepada tajuk utama, jom pembaca semua untuk mengimbau kembali peristiwa yang melanda negara pada hujung tahun lepas 2014 iaitu dugaan banjir. Walaupun sudah hampir lima bulan peristiwa ini telah berlalu, tetapi kenangan yang dilalui sepanjang tempoh itu masih segar di ingatan kami. 

Seperti yang pembaca tahu, Temerloh adalah antara daerah di Negeri Pahang yang dilanda banjir yang boleh dikatakan adalah teruk. Kawasan Teluk Ira, Temerloh iaitu dimana terletaknya kandang kambing PH Agro adalah antara kawasan yang juga terlibat dengan banjir. Jadi untuk entry kali ini, kami nak kongsikan gambar-gambar ketika kandang kambing PH Agro ketika banjir berlaku...



Gambar sekitar 28 Disember 2014 hingga 5 Januari 2015








Bila melihat kembali gambar-gambar ini, rasa tiba-tiba terkenang dan terbayang-bayang macamane paniknya kami untuk memindahkan kambing-kambing dari satu tempat ke tempat lain. Yelah, sebagai contohnya mula-mula pindahkan kambing-kambing ke kebun di kampung berdekatan tetapi keadaan air yang semakin naik di kawasan kebun tersebut menyebabkan kambing -kambing terpaksa dipindahkan sekali lagi ke kawasan yang lain. Mungkin para pembaca yang juga mengalami pengalaman banjir dapat membayangkan apa yangdi maksudkan. 

Gambar ketika peristiwa banjir











Tetapi, walaupun apa pun pengalaman yang  dialami ketika banjir...kita semua seharusnya bersyukur dimana semuanya kini telah kembali seperti asal dan kami bersyukur team PH Agro kembali bangkit bersama-sama membangunkan PH Agro selepas peristiwa banjir tersebut.

Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat, 
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960


-NZ

FASA 2: PEMBINAAN KANDANG KAMBING PH AGRO


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca,


Sebelum pergi terus kepada tajuk utama,  rasa nak kongsikan sedikit ilmu berkaitan sesuatu di satu blog hari ini iaitu...


Sumber gambar daripada blog Adieyza, terima kasih
Amalan baik di awal pagi..nampak tenang kan gambar ini. Semoga perkongsian ini, pembaca dapat dikongsi pula pada keluarga, famili dan sahabat handai yang lain...

Berbalik kepada topik utama, PH Agro nak kongsikan coretan-coretan menarik ketika pembinaan kandang kambing PH Agro Fasa Kedua. Pembinaan kandang kambing ini mula dibina sekitar bulan Mac 2015, hampir dua bulan yang lepas...


Seperti biasa, kami kongsikan beberapa  gambar yang diambil sewaktu kandang ini masih dalam proses pembinaan. Tujuan kenapa kandang ini dibina adalah berikutan jumlah kambing yang semakin banyak dan kandang yang telah dibina tidak sepenuhnya dapat menampung kambing yang sedia ada. 

Sebab kedua kandang  kambing Fasa Kedua ini dibina adalah kerana kami nak asingkan kandang bagi kambing untuk dijual dan kambing untuk diternak. 
Ketika kandang dibina


Aktiviti pembinaan kandang kambing Fasa Kedua ini sebenarnya dibuat selepas dua bulan selepas banjir besar yang melanda negara pada hujung tahun lepas. Aktiviti PH Agro tidak terkecuali  turut  terjejas akibat banjir tetapi berkat usaha pelbagai pihak membantu PH Agro mampu pulih semula. Tetapi kisah ini akan dikongsikan dalam entry akan datang...


Gambar kandang yang hampir siap..


Sejurus sahaja kandang kambing kedua ini siap, admin pun rasa bersyukur dan lega kerana akhirnya perancangan untuk membinanya selesai dengan selamat. 


Sebarang pertanyaan atau maklumat, boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960





-NZ

Sunday, May 10, 2015

FASA 1: PEMBINAAN KANDANG KAMBING PH AGRO


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca,



PH Agro nak kongsikan berkenaan pembinaan kandang kambing PH Agro  mula-mula dulu. Diharap agar perkongsian kali ini boleh memberi inspirasi buat semua pembaca, mana lah tahu mungkin bermanfaat kepada mana-mana yang baru nak mula nak ternak kambing sendiri kan...

Ada beberapa snap gambar yang sempat PH Agro ambil sewaktu  pembinaan kandang kambing  ini dibina. Kandang kambing PH Agro Fasa Pertama ini dibina sekitar bulan  Oktober 2014. Tempoh pembinaan kandang kambing Fasa Pertama ini lebih kurang dua minggu. Wah...cepatnya kan...Apa lagi, bolehla mintak tips dengan  PH Agro, macamana boleh siapkan kandang ini dengan cepat. Tengoklah hasilnya, kandang pertama yang telah siap...

Kandang kambing  Fasa Pertama


Kandang kambing PH Agro ini adalah hasil titik peluh  PH Agro berhempas pulas dengan gigih membinanya..Semua mesti ingat tau, tiada kejayaan yang diterpa tanpa usaha yang gigih kan. Jadi, apapun sesuatu yang kita lakukan haruslah dilakukan dengan bersungguh-sungguh... Ingat tu..

Oklah, setelah kandang kambing Fasa Pertama ini siap, terus  PH Agro membuat perancangan untuk membina sebuah lagi kandang kambing PH Agro. Pembinaan seterusnya bertujuan untuk memisahkan kambing untuk dijual dan kambing yang untuk diternak.






Sebarang pertanyaan atau maklumat, boleh terus hubungi di talian
011-28945330/019-9025960..



-NZ