Monday, May 25, 2015

PENYAKIT KAMBING DAN KAEDAH RAWATAN

Memiliki ternakan kambing yang sihat dan cergas bukan sahaja menjadi impian semua penternak malahan setiap pelanggan akan turut sama untuk memilih kambing yang sihat untuk dibeli samada untuk dijadikan santapan keluarga terutamanya apabila kenduri kendara, aqiqah, korban dan untuk dijadikan baka.

Oleh yang demikian, mengenali penyakit kambing adalah mustahak bagi setiap usahawan ternak agar ianya dapat menghindari penyakit-penyakit tersebut daripada menimpa kambing mereka.

1. Cirit-birit (Diarrhoea)
Cirit birit adalah disebabkan oleh beberapa perkara antaranya seperti faktor pengurusan di mana ternakan mengambil makanan yang tidak sesuai. Peralatan kandang dan lain-lain peralatan yang tidak bersih. Ternakan minum air yang tidak bersih atau tercemar. Faktor jangkitan parasit seperti masalah bebanan cacing dan kuman atau tersalah makan.

Faktor bahan kimia juga membawa kepada masalah ini contohnya pada kes-kes keracunan. Faktor penyakit seperti serangan bakteria, virus dan protozoa(coccidiosis). Kambing yang menghidapinya akan mengalami sakit pada abdomen, mengeluarkan tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok, tiada selera makan dan suka mengasingkan diri. Ianya juga boleh menyebabkan kematian.

Kaedah Rawatan :-

  • Berikan rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing iaitu antidiarea, antibiotik, anthelmintik, coccidiostat.
  • Jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
  • Periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
  • Amalkan sistem ragutan bergilir





2. Penyakit Puru (Contagious ecthyma)

Penyakit ini disebabkan oleh virus. Ianya amat mudah menyerang pada anak kambing. Apabila anak kambing dijangkiti penyakit ini, ianya akan menjadi kurus dan lemah. Kadang-kala akan menyebabkan ternakan mengalami kesukaran untuk makan. Terdapatnya gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibir. Gelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari. kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak.

Kaedah Rawatan :-
  • Bersih & ubat luka kesan daripada gelembung pecah dengan iodin/gentian violet/krim akriflavin.
  • Sapu Krim Mepyramine pada gelembung.
  • Suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama.
  • Asingkan kambing yang sudah dijangkiti.
  • Rawatan gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti tetravet atau iodin.

3. Kembung (Tyumpang)

Kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang. Di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil.

Kembung terjadi diakibatkan oleh gas yang dikeluarkan semasa proses penghadaman makanan tersebut, menyebabkan gas tersebut memenuhi ruang perut serta rongga pernafasan. Ini menyebabkan kambing mengalami sesak nafas kerana rongga pernafasan tersumbat.

Penyebab Kembung :-

  • Tersilap makan (makan dedaun yang beracun atau mengandungi bahan nitrogen yang tinggi seperti jinis kekacang),
  • Terlalu banyak makan PKC,
  • Gangguan fizikal (sekatan di bahagian leher ),
  • Pertukaran jenis makanan yang terlalu mendadak.

Tanda-Tanda Klinikal :-

  • Pembesaran perut di sebelah kiri, dan bila diketuk berbunyi seperti gendang.
  • Ternakan resah dan menunjukkan tanda sakit di bahagian perut.
  • Tidak mahu makan.
  • Terbaring dan kesakitan.
  • Kadar pernafasan yang tinggi, sesak nafas dan kematian.

Kaedah Rawatan :-
  • Stomach tubing.
  • Berikan ubat penahan kembung (ante-bloat) terus ke dalam perut(rumen).
  • Tebuk perut (bagi kes yang serius) dengan menggunakan alat Trocha and cannulla.
  • Uruskan bahan makanan dengan betul.

Apa itu 'stomach tubing' ? :- 
  • 'Stomach tubing' adalah kaedah mengeluarkan angin dari dalam perut kambing yang mengalami kembung dengan menggunakan salur tiub getah.
  • Masukkan salur tiub berukuran kira-kira 0.5cm atau lebih besar sedikit ke dalam mulut kambing, dan tolakkan perlahan-lahan ke dalam rongga saluran pemakanan sehingga sampai ke perut rumen.
  • InsyaAllah angin yang tersangkut di dalam perut akan dapat keluar melaui tiub tersebut dan kambing anda akan pulih dari penyakit kembing.
  • Nota: Anda boleh menggunakan salur tiub jernih yang biasa digunakan oleh tukang rumah untuk menyukat ketinggian, ia boleh didapati dengan mudah di mana-mana kedai 'hardware'.

4. Radang Paru-Paru (Pneumonia)

Ia merupakan penyakit biasa ternakan kambing. Penyakit ini berpunca daripada amalan pengurusan ternakan yang tidak baik. Penyebab utama penyakit ini adalah virus, bakteria, parasit dan bahan kimia. Batuk basah adalah tanda awal. Kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus. Keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak.


Antara faktor-faktor penyebab adalah:-
  • Stress / tegasan cuaca (sejuk).
  • Pemakanan tidakbermutu.
  • Bebanan cacing.
  • Peredaran udara dalam kandang yang tidak baik.
  • Kandang terlalu padat - memudahkan kambing mendapat pneumonia.

Tanda-tanda klinikal yang dapat di lihat adalah seperti :-
  • Pernafasan cepat / sesak nafas.
  • Suhu tinggi / demam.
  • Bunyi pernafasan tidak normal.
  • Batuk, bersin, cecair dari hidung.
  • Lemah, kurus, tiada selera makan.

Kaedah Rawatan :- 
  • Gunakan antibiotik spektrum luas
  • Asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram untuk elakkan stress.
  • Kandang hendaklah bersih, kering dan cukup pengudaraan (ventilasi).
  • Elakkan daripada terkena hujan dan keadaan lembab.
  • Beri suntikan antibiotik serta vitamin.
  • Anak baru lahir hendaklah dapat cukup kolustrum (susu awal).

Pencegahan :- 
  • Berikan suntikan pelalian (vaccination) bagi ternakan yang berusia 1 bulan ke atas.
  • Induk bunting yang diberi suntikan pelalian dapat membantu anak mendapat antibodi terhadap pneumonia.

5. Penyakit-penyakit lain

Diantara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku. Keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus. Amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan penyakit.

Selain daripada itu terdapat juga rawatan secara tradisional yang telah diguna-pakai sejak dahulu oleh masyarakat kita sebelum kedatangan ubatan moden ini.


#Semoga bermanfaat kepada semua pembaca...

Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960




KAEDAH PEMAKANAN KAMBING

Dedaun Hijau

Makanan asas kambing adalah rumput dan dedaun hijau. Rumput yang biasa didapati dan sangat digalakkan untuk pemakanan kambing adalah rumput Napier, manakala spesis Napier terbaik adalah dari baka Napier Taiwan. Di samping mengandungi serat (fiber) untuk membantu penghadaman makanan, ia juga mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi berbanding rumput jenis lain, iaitu sekitar 14%. Selain itu Napier Taiwan tidak berbulu/bersisik, dengan itu tidak mencederakan mulut kambing apabila memakannya.

Batang rumput Napier biasanya dipotong hampir ke paras tanah. Batang akan tumbuh dan membesar semula dan kebiasaannya boleh kembali dituai dalam tempoh di antara 4-8 minggu, bergantung kepada kesuburan tanah dan kandungan air. Penting sekali diingat bahawa, rumput Napier memerlukan kelembapan tanah yang sangat tinggi untuk membesar dengan subur. Rumput Napier biasanya dipotong halus iaitu kira-kira 1-2 inci panjang menggunakan mesin chopper.

Selain rumput Napier, daun petai belalang juga merupakan dedaun yang sesuai untuk makanan kambing. Di samping itu, daun sawit dan lain-lain rumput boleh juga diberi sebagai makanan tambahan. Daun sawit diberi terus bersama batang dan pelepah, kerana kambing biasanya hanya memakan bahagian daun sahaja manakala lidi dan pelepahnya dibiarkan. Daun sawit tidak dipotong untuk mengelakkan kambing memakan lidinya yang boleh merosakkan saluran pemakanan dan usus.

Dalam memberi makanan dedaun kepada ternakan kambing, penternak harus berwaspada supaya apabila memberikan dedaun yang bergetah (seperti daun pohon getah), dedaun ini harus dijemur dahulu supaya getahnya kering. Kandungan getah dalam dedaun boleh menyebabkan kambing anda mengalami kembung, yang boleh membawa maut jika tidah dirawat segera.
Makanan Konsentrat

Makanan konsentrat dalam bentuk palet atau dedak juga seharusnya diberi kerana ia sangat penting untuk penggemukan (fattening). Secara umumnya, konsentrat mengandungi pelbagai zat dan khasiat seperti berikut:

1. Protein
2. Lemak
3. Gentian/serat (fiber)
4. Kalsium
5. Fosforus
6. Ekstrak tanpa nitrogen (NFE)
7. Sumber tenaga (metabolisme)

Harus diingat bahawa sekiranya konsentrat dalam bentuk dedak diberi, ia harus dilembabkan dahulu supaya debunya tidak berterbangan lalu memasuki hidung dan rongga pernafasan seterusnya ke paru-paru kambing anda. Dalam jangkamasa panjang, ini akan memudaratkan kesihatan kambing anda.

Biasanya, konsentrat (palet atau dedak) dicampurkan dengan bahan lain yang lebih murah tetapi mengandungi pelbagai zat dan khasiat seperti hampas soya, bahagian kulit/selaput dari kekacang, beras, barli atau gandum. Ini dapat mengurangkan kos pemakanan bagi kambing anda.

Rumput seharusnya diberikan sewaktu pagi sebagai "breakfast" manakala makanan konsentrat diberi sewaktu petang. Tabiat ini dapat mengelakkan kambing dari terkena ceret beret kerana dedaun hijau mengandungi serat (fiber) .


Supplement

Antara supplement yang digalakkan adalah seperti berikut:

1. Blok vitamin Boslic
2. Blok Molas
2. Garam jilatan


Ubat-ubatan Asas

Ubat-ubatan asas yang sangat perlu dan wajib ada dalam penternakan kambing adalah seperti berikut:

1. Ubat luka - Iodin (untuk luka-luka biasa),Prosanex (untuk luka-luka berulat)
2. Antibiotik
3. Ubat cacing 3-serangkai (cacing, kutu, kurap) samaada suntikan atau sapuan pada kulit
4. Ubat cacing oral (dalm bentuk 'emulsion' berwarna putih)
5. Ubat ceret beret - Scourban Plus
6. Ubat "sulpha dimidine" (untuk 
protozoa coccidiosis)
7. Ubat puru
8. Vaksin 'anti-pasteurellosis' (untuk elakkan risiko wabakpneumonia)

Harus diingat bahawa cacing biasa merayap pada rumput dan akan berpindah ke dalam perut kambing yang memakannya. Dari itu rumput yang sudah dipotong sebaik-baiknya dibiarkan untuk beberapa ketika di bawah cahaya matahari untuk menghalau cacing keluar dari timbunan rumput



Semoga bermanfaat...

Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960


-NZ

PERSEDIAAN ASAS DALAM PENTERNAKAN KAMBING

PENTERNAK KAMBING DI KATEGORIKAN KEPADA 2:-


1. Penternak sambilan
2. Penternak komersil


Penternak Sambilan

Sekiranya anda hanya bercadang untuk membela antara 20-30 ekor kambing sahaja, anda dikira penternak sambilan. Penternakan sambilan hanya berbaloi ('viable') sekiranya anda tinggal di kampung dan mempunyai tanah sendiri untuk binaan kandang, yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Anda juga harus memastikan yang anda boleh mendapatkan sumber makanan kambing di persekitaran kandang anda dengan percuma dan mampu menguruskan dengan sendiri atau bantuan saudara/kawan-kawan tanpa perlu membayar upah yang tetap (iaitu tiada sebarang komitmen 'overhead'). Kewujudan padang ragut di persekitaran kandang anda akan dapat membantu menjimatkan masa dan tenaga anda mendapatkan bekalan makanan (rumput, daun-daun dll). Di samping itu, ternakan anda dapat memakan pelbagai jenis tumbuhan yang berlainan.

Terdapat banyak sumber makanan kambing di kampung yang sememangnya tumbuh secara semulajadi atau meliar seperti rumput ragut, pokok petai belalang dan pokok balik angin. Sekiranya anda tinggal di kawasan ladang sawit, maka anda bertuah kerana daun sawit sangat disukai oleh kambing dan mempunyai khasiat yang tinggi.






Pokok petai belalang yang biasa tumbuh secara liar mempunyai khasiat tinggi dan menjadi makanan kegemaran kambing







Pokok balik angin juga biasanya tumbuh meliar, daunnya juga berkhasiat dan digemari oleh kambing


Bagi penternak sambilan, adalah dinasihatkan supaya membela baka kambing yang bermutu tinggi seperti Boer gred F4 ke atas atau Jamnapari Peranakan Ettawa dengan menggunakan pejantan tulen (Fullblood). Baka berkualiti tinggi dapat memberi hasil pulangan yang baik kerana anak-anak dapat dijual dengan harga yang tinggi. Sebagai contoh, anak kambing Jamnapari atau Boer tulen berusia 3-4 bulan dapat dijual dengan harga antara RM500 - RM600 seekor, manakala anak kacukan bergred rendah mungkin hanya bernlai sekitar RM200 seekor. Sekiranya anda tidak mempunyai kuantiti, and harus mempunyai kualiti, barulah projek penternakan anda menjadi berbaloi.



Penternak komersil

Sekiranya anda bercadang untuk memulakan penternakan kambing secara komersil, anda semestinya memerlukan tanah yang luas. Ingat! Projek penternakan kambing anda akan hanya 'viable' sekiranya anda berjaya mengurangkan kos pemakanan. Rumput merupakan makanan utama kambing, dan anda harus mempunyai sumber rumput Napier di kawasan berdekatan yang mencukupi. Ingat!!!! Kurangkan kebergantungan kepada palet sebagai sumber makanan kambing anda kerana kosnya yang tinggi, dan harganya pula semakin hari semakin melambung.

Kami cadangkan keluasan tanah sekurang-kurangya 3 ekar, tetapi keluasan yang 'ideal' adalah sekurang-kurangnya 10 ekar. 1 ekar digunakan untuk binaan kandang, rumah pekerja, stor dsb. 3-4 ekar diperlukan untuk padang ragut. Selebihnya digunakan untuk menanam rumput Napier bagi tujuan dipotong. Sekiranya anda bercadang untuk membuat penternakan komersil berskala besar, dengan bilangan induk ribuan ekor, anda harus mendapatkan tanah dengan keluasan melebihi 30 ekar.

Langkah terawal yang perlu dilakukan, sebelum membina kandang dan membeli baka kambing, adalah menanam rumput Napier Taiwan. Sekiranya tanah sesuai, dengan baja dan tahap kelembapan secukupnya, benih yang baru ditanam akan mengambil masa antara 2-3 bulan untuk tumbuh dan membesar secukupnya sebelum boleh dipotong. Pembajaan dan pengairan adalah sangat mustahak bagi membolehkan rumput tumbuh dengan subur dan membesar dengan pantas.

Setelah itu, anda perlu memastikan padang ragut ditumbuhi pelbagai jenis rumput dan tumbuhan yang sesuai seperti rumput 'guinea', dsb.






Rumput Napier Taiwan yang benihnya dijual dengan harga RM80 seguni seberat kira-kira 20kg


Cara menanam benih rumput Napier

Bahagian tanah untuk menanam rumput Napier hendaklah dipersiapkan terlebih dahulu dengan dibuat batas-batas dan tanahnya digembur, dilembabkan serta dibajakan.






Tanah dipersiapkan dengan batas-batas serta digemburkan untuk ditanam dengan rumput Naiper

Benih rumput Napier Taiwan diambil dari batang rumput yang telah matang, berusia melebihi 4 bulan di mana batangnya sudah keras. Batang ini dipotong sepanjang kira-kira 6 inci setiap satu, dan dibiarkan dalam keadaan lembab sehingga akarnya mula tumbuh. Setelah itu batang yang telah berakar tadi ditanam secara mendatar di dalam tanah.
 
Pastikan tanah sentiasa lembab di awal proses pertumbuhan, dan dibajakan secukupnya.






Semoga bermanfaat...

Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960

-NZ

Saturday, May 23, 2015

INDUSTRI PENTERNAKAN BIRI- BIRI


Bidang penternakan biri-biri di Malaysia telah bermula sejak 50 tahun yang lalu. Tetapi biri-biri yang biasa terdapat di negara empat musim tidak sesuai dengan persekitaran negara yang panas dan lembap.  Ketika itu banyak biri-biri di negara ini yang berpenyakit malah mati disebabkan tidak dapat bertahan dengan cuaca di negara ini.


Biri-biri yang terdapat di PH Agro




Walaupan bebiri telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan sama ada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga.
Beberapa baka bebiri yang berpotensi adalah Damara dan Dorper.
  • Bebiri Damara
  • Bebiri Dorper

Bebiri Damara

Asal
Baka ini berasal dari Asia Timur serta Mesir.

Ciri - Ciri:
  • Bebiri yang mempunyai ‘hair' dan bukannya ‘wool'
  • Mempunyai ekor yang gemuk
  • Daya keibuan yang sangat baik
  • Tahan lasak – boleh hidup di kawasan panas dan juga mampu hidup dengan jumlah air yang terhad sehingga 3 hari
  • Daya tahan penyakit yang agak tinggi
Berat DewasaUmur Matang
Jantan : 68 – 45-60 kg (100-130 lb)Jantan : 8 bulan
Betina : 46 – 40-50 kg (90-110 lb)Betina : 11-15 bulan

Nisbah Jantan BetinaTempoh Bunting
1 Jantan : 20 – 30 betina149 hari – 155 hari

Bebiri Dorper

Asal
Baka ini berasal dari Afrika selatan. Ianya adalah hasil kacukan antara bebiri baka Dorset Horn dengan baka Blackhead Persian.

Ciri - Ciri:
  • Bebiri yang mempunyai ‘hair' dan bukannya ‘wool'
  • Daya keibuan yang sangat baik
  • Tahan lasak – mampu hidup di kawasan sejuk serta bersalji
  • Daya tahan penyakit yang agak tinggi
  • Menghasilkan antara kulit (sheepskin) yang terbaik di dunia

Berat DewasaUmur Matang
Jantan : 45-60kg (100-130lb)Jantan : 5 bulan
Betina : 40-50kg (90-110lb)Betina : 11-15 bulan

Nisbah Jantan BetinaTempoh Bunting
1 Jantan : 20 – 30 betina149 hari – 155 hari

INDUSTRI PENTERNAKAN KAMBING


Aktiviti penternakan kambing telah lama diusahakan oleh penternak di negara kita, perusahaan ini diadakan secara kecil-kecilan, sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai dan juga sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga. Sifatnya yang suka merayau dan memilih makanan, terutamanya pucuk-pucuk tumbuhan boleh menentukan ianya memperolehi zat makanan yang cukup. Industri ternakan kambing dapat menyumbang bekalan daging kambing/berbiri antara 12-15% bagi keperluan Negara. Lebih dari 95% kambing yang dipelihara adalah bagi tujuan pengeluaran daging, sementara bakinya adalah untuk pengeluaran susu.

Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN 3) telah menitikberatkan pengeluaran bahan makanan dari sumber tempatan dan ini termasuklah pengeluaran komoditi daging kambing. Jabatan mendapati hasil pengamatan dan penelitian beberapa projek tertentu di lapangan, bidang usaha pengeluaran kambing boleh digerakkan dan diberikan penekanan semula iaitu sesuai dangan potensinya pada masa hadapan.

Walaupan kambing telah lama dipelihara oleh penternak di negara kita, perusahaan ini dikendalikan secara kecil-kecilan sama ada sebagai aktiviti sampingan, mengawal rumpai, hobi dan sebagai sumber protein haiwan bagi keperluan keluarga.Permintaan bagi daging kambing pada tahun 2010 diunjurkan sebanyak 21.30 tan metrik sedangkan pengeluaran hanyalah di tahap 2.18 tan metrik sahaja. Kadar sara diri bagi daging kambing pada tahun 2010 berada pada tahap 10.23% sahaja. Ini menjanjikan ruang dan peluang yang besar kepada semua penternak untuk menceburi bidang ini.
  • Kambing Kacang (Katjang)
  • Kambing Jamnapari
  • Kambing Anglo Nubian
  • Kambing Boer
  • Kambing Toggenburg

Kambing Kacang (Katjang)

Ciri - ciri:
  • Berasal daripada Malaysia dan  Indonesia
  • Mempunyai badan kecil dan pendek
  • Mempunyai tanduk yang terarah ke atas dan ke belakang
  • Menegakkan telinga, janggut pada jantan tetapi jarang pada betina
  • Leher pendek dan bahagian belakang lebih tinggi dari bahu, purata ketinggian ialah 50-60 cm
  • Berkulit nipis, berkulit kasar dan hitam dan kadang-kadang bertompok putih di kaki atau badan
  • Kelahiran kembar
  • Pengeluaran susu purata 0.3 kg sehari dalam masa 3 bulan pertama dan 0.2 kg dalam masa 4-6 bulan
 Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 1.6 kg Jantan 20 - 25 kg
Betina 1.8 kg Betina 25 - 30


Kambing Jamnapari
Kambing Jamnapari

Asal
Baka ini berasal dari sempadan India dan Pakistan. Ianya hasil kacukan kambing betina dari kawasan Alwar di Rajastan dengan kambing jantan Jamnapari.
Ciri - Ciri:
• Mempunyai rangka badan yang agak tinggi dan besar
• Mempunyai hidung yang sangat cembung (parrot-like apperance)
• Berbagai variasi warna bulu tetapi yang biasa ialah hitam dan putih dengan tompokan kecil
• Berwarna agak gelap pada bahagian kepala dan leher
• Telinga yang panjang dan melampai ke bawah
• Mempunyai bulu yang lebat di bahagian punggung (feathers)
• Dwiguna (daging dan susu)
• Tahap kesuburan yang tinggi
• Tahan lasak
• Daya tahan penyakit yang tinggi

Berat LahirBerat Dewasa
Jantan 3 - 4 kgJantan 68 - 91 kg
Betina 3 - 4 kgBetina 36 - 63 kg

Umur MatangJantan Betina Nisbah
Jantan : 9 bulan1 Jantan : 20 – 30 betina
Betina : 18 bulan

Tempoh Bunting
149 hari – 155 hari

Kambing Anglo Nubian

Asal
Baka ini berasal dari England. Ianya hasil kacukan kambing betina Old English Milch Goat dengan kambing jantan Zariby dan Nubian.

Ciri - Ciri:
  • Mempunyai rangka badan yang agak besar
  • Mempunyai telinga yang panjang dan hidung cembung (Roman Nosed)
  • Mempunyai bulu badan yang pendek dengan berbagai variasi warna tetapi yang biasa ialah coklat kemerahan dengan campuran warna hitam dan putih
  • Mempunyai kaki yang panjang dan purata ketinggian badannya 80sm
  • Dwiguna (daging dan susu) dengan penghasilan susu sehingga 2 liter sehari
  • Tahap kesuburan yang tinggi
  • Tahan lasak
  • Daya tahan penyakit yang tinggi
Berat LahirBerat Dewasa
Jantan : 3.5 kg (8 Ib)Jantan : 70 – 85 kg (154 – 190 Ib)
Betina : 3.9 kg (9 Ib)Betina : 55 – 70 kg (120 – 154 Ib)

Umur MatangJantan Betina Nisbah
Jantan : 9 bulan1 Jantan : 20 – 30 betina
Betina : 18 bulan

Tempoh Bunting
149 hari – 155 hari


Kambing Boer 

Asal
Baka ini berasal dari sempadan Afrika Selatan. Mula berada di Malaysia sekitar tahun 2006.

Ciri - Ciri:
  • Baka tulen mempunyai badan yang bewarna putih dan kepala coklat
  • Telinga yang agak panjang
  • Jinak
  • Tumbesaran yang cepat
  • Daya keibuan yang tinggi dibandingkan dengan baka-baka kambing yang lain
  • Tahap kesuburan yang tinggi
  • Tahan lasak
  • Daya tahan penyakit yang tinggi
  • Sesuai dengan cuaca panas dan kering

Berat BadanUmur Matang
Jantan : 110 – 135 kg (240 – 300 Ib)Jantan : 9 bulan
Betina : 90 – 100 kg (200 – 220 Ib)Betina : 18 bulan

Jantan Betina NisbahTempoh Bunting
1 Jantan : 20 – 30 betina149 hari – 155 hari

Kambing Tuggenburg

Asal
Baka ini berasal dari sempadan Toggenburg Valley, Switzerland.

Ciri - Ciri:
  • Mempunyai rangka badan yang sederhana
  • Mempunyai bulu badan yang pendek berwarna coklat pada keseluruhan badan dengan warna putih pada bahagian tertentu seperti muka dan kaki
  • Ianya antara baka kambing susu yang terkecil di dunia
  • Sangat sesuai dijadikan haiwan peliharaan kerana sifatnya yang tenang

Berat BadanUmur Matang
Jantan : 45 – 60 kg (100 – 130 Ib)Jantan : 9 bulan
Betina : 40 – 50 kg (90 – 110 Ib)Betina : 18 bulan

Jantan Betina NisbahTempoh Bunting
1 Jantan : 20 – 30 betina149 hari – 155 hari

Umur MatangJantan Betina Nisbah
Jantan : 9 bulan1 Jantan : 20 – 30 betina
Betina : 18 bulan


(Sumber dari laman Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)