Thursday, May 14, 2015

DUGAAN KETIKA BAH BANJIR


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca,

Sebelum pergi terus kepada tajuk utama, jom pembaca semua untuk mengimbau kembali peristiwa yang melanda negara pada hujung tahun lepas 2014 iaitu dugaan banjir. Walaupun sudah hampir lima bulan peristiwa ini telah berlalu, tetapi kenangan yang dilalui sepanjang tempoh itu masih segar di ingatan kami. 

Seperti yang pembaca tahu, Temerloh adalah antara daerah di Negeri Pahang yang dilanda banjir yang boleh dikatakan adalah teruk. Kawasan Teluk Ira, Temerloh iaitu dimana terletaknya kandang kambing PH Agro adalah antara kawasan yang juga terlibat dengan banjir. Jadi untuk entry kali ini, kami nak kongsikan gambar-gambar ketika kandang kambing PH Agro ketika banjir berlaku...



Gambar sekitar 28 Disember 2014 hingga 5 Januari 2015








Bila melihat kembali gambar-gambar ini, rasa tiba-tiba terkenang dan terbayang-bayang macamane paniknya kami untuk memindahkan kambing-kambing dari satu tempat ke tempat lain. Yelah, sebagai contohnya mula-mula pindahkan kambing-kambing ke kebun di kampung berdekatan tetapi keadaan air yang semakin naik di kawasan kebun tersebut menyebabkan kambing -kambing terpaksa dipindahkan sekali lagi ke kawasan yang lain. Mungkin para pembaca yang juga mengalami pengalaman banjir dapat membayangkan apa yangdi maksudkan. 

Gambar ketika peristiwa banjir











Tetapi, walaupun apa pun pengalaman yang  dialami ketika banjir...kita semua seharusnya bersyukur dimana semuanya kini telah kembali seperti asal dan kami bersyukur team PH Agro kembali bangkit bersama-sama membangunkan PH Agro selepas peristiwa banjir tersebut.

Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960


-NZ

No comments:

Post a Comment