Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca,
Pada perkongsian sebelum ini, kami kongsikan gambar-gambar ketika peristiwa banjir. Tetapi untuk kali ini, kami nak kongsikan suasana pasca banjir pula. Agak-agak macamane ye keadaan kandang-kandang kambing setelah ditenggelami air hampir berminggu-minggu kan ketika banjir?
Gambar selepas air bah telah surut
Sedih juga bila mengenangkan peristiwa ini, sedih bila melihat keadaan kandang yang kotor, rumput-rumput yang mati, kambing-kambing yang mati dan yang paling menyedihkan adalah banyak mesin dan alatan PH Agro rosak ditenggelami air bah. Tetapi apakan daya, semuanya pasti perlu dilihat pada sudut yang berbeza iaitu semua ini adalah ujian dari-Nya untuk mnguji tahap keimanan setiap hamba-Nya.
Selain daripada gambar-gambar sekitar kandang kambing PH Agro, kami pun nak kongsikan sedikit gambar pasca banjir sekitar bandar Temerloh. Dan perkara yang sering berlaku selepas banjir ini ialah banyak kedai-kedai di kawasan yang terlibat dengan banjir akan mengadakan lelong. PH Agro juga tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan barang-barang lelong ini dengan harga yang murah..heee..
Gambar sekitar bandar Temerloh
Walaupun peristiwa ini telah lama berlau, tetapi apa pengajaran yang kami dapat daripada peristiwa banjir ini ialah antaranya nilai kesabaran kita ketika menangani masalah-masalah ketika banjir itu amat penting dan yang kedua, kita perlu sentiasa bersedia dengan apa juga perkara yang akan berlaku kepada kita. Begitu juga dalam perniagaan, jangan selalu merasa berada di zon selesa, tetapi sentiasa berwaspada kepada perubahan semasa dan persekitaran.
..Semoga bersua lagi...
Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat,
boleh terus hubungi di
talian 011-28945330/ 019-9025960
-NZ
No comments:
Post a Comment