phagro.blogsport.com adalah satu blog khas yang dimiliki oleh PH Agro yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dan informasi dengan pembaca, bukan sahaja berkenaan aktiviti PH Agro tetapi juga berkaitan dengan industri penternakan kambing dan bebiri. Alhamdulillah bermula awal bulan Mei 2015, Ph Agro telah berjaya mengorak langkah dengan mewujudkan blog ini semenjak tahun 2014 PH Agro telah beroperasi. Diharap agar blog ini adalah medium terbaik untuk PH Agro menyediakan maklumat kepada pembaca semua...
Perniagaan utama PH Agro adalah menyediakan perkhidmatan membekal, menjual, melapah dan memasak kambing pelbagai jenis untuk tujuan aqiqah, korban dan pelbagai majlis keramaian. Jangan bimbang, PH Agro sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua bakal pelanggan di sekitar negeri Pahang terutamanya pelanggan di sekitar Temerloh, Mentakab, Lanchang dan Maran. Pakej harga kambing yang ditawarkan juga amat berpatutan.
Tambahan lagi, PH Agro bukan saja membekalkan kambing yang siap dilapah atau yang hidup, biri-biri yang bermutu tinggi pun diternakkan diladang PH Agro yang terletak di No. 5, Kampung Teluk Ira, Temerloh. Lokasi kandang kambing PH Agro berhampiran surau Kampung Teluk Ira Temerloh.
Papan tanda di hadapan kawasan kandang kambing PH Agro |
Kandang kambing: satu kandang kambing untuk dijual dan satu lagi untuk diternak |
Itulah beberapa snap gambar kandang kambing milik Ph Agro sekarang. Untuk sesiapa yang berminat, PH Agro juga menyediakan pelbagai pakej yang menarik untuk kambing aqiqah dan korban dengan harga dan perkhidmatan yang amat baik dan memuaskan hati pembeli.
Dengan pengalaman yang dimiliki PH Agro, kami memberi jaminan bahawa PH Agro
pastikan segala syarat-syarat yang ditentukan oleh syariat didalam melakukan aqiqah dan korban akan dipenuhi.
Sebarang pertanyaan, boleh terus ke talian 011-28945330/019-9025960.
Kambing yang ada di PH Agro |
Kambing berkualiti tinggi |
No comments:
Post a Comment