Sunday, June 21, 2015

KESAN MAKAN TERLEBIH DAGING KAMBING...

Terlebih makan daging? Maksudnya, anda telah mengambil protein secara berlebihan. Jom kita baca artikel ini dan ketahuilah bahawa bahaya pengambilan protein.

Keperluan protein bagi manusia normal setiap hari ialah 20mg. Jumlah ini mencukupi untuk membina sel dan membantu menghasilkan tenaga setiap hari. Bagi ahli sukan dan pekerja buruh kasar, keperluan tersebut berganda kepada 50mg setiap hari. Tahukah anda bahawa dalam segelas susu lembu terdapat 200mg protein. Susu lembu yang dihasilkan dalam tempoh 1 bulan selepas melahirkan anak akan menghasilkan 2,000mg protein bagi setiap gelas iaitu 10 kali lebih banyak daripada biasa. Biasanya penternak lembu tidak akan memerah susu lembu yang baru melahirkan anak dalam tempoh sebulan.

Bagi ahli sukan terutama ahli bina badan, terdapat susu compounded atau yang telah diformulakan supaya kandungan protein di dalamnya menjadi antara 2,000mg ke 10,000mg protein bagi setiap gelas. Kebanyakkannya mereka selesa mengambil 5,000mg sehari.

Tubuh memproses dan menyahkan lebihan protein
Protein yang mencukupi akan digunakan untuk membina sel. Tetapi protein yang berlebihan akan diproses untuk menukar bentuk ikatannya dan dihantar ke tempat-tempat tertentu. Organ yang sihat akan dapat menyingkirkan protein dalam bentuk urin (air kencing) di dalam darah melalui buah pinggang. Kegagalan tubuh untuk memproses protein dengan baik akan menyebabkan ia menjejaskan tubuh.

Sakit bawah lengan

Protein yang kekurangan unsur hydrogen (daripada sumber air) akan menjadi tepu. Protein tepu akan mudah membentuk lemak. Lemak daripada protein akan disimpan di bawah kulit. Tetapi terdapat juga lemak yang terkumpul di saluran darah. Bahagian yang paling utama menerima darah ialah bahu dan lengan. Biasanya mereka yang mengambil protein berlebihan akan merasa sakit di bawah lengan terutama lengan sebelah kanan. Jika masalah protein berlebihan disertai dengan masalah kolestrol berlebihan, maka ia akan menyebabkan sakit di lengan sebelah kiri.

Faktor jerawat
Pembentukan jerawat tidak sama seperti punca kutil, ketuat dan tahi lalat. Jerawat terbentuk di dalam liang roma di bawah kulit. Kulit sebenarnya berkeupayaan mengawal penghasilan kelembapan dan minyak. Hempedu (CL14) yang lemah akan menyebabkan kulit gagal mengawal kelembapan dan penghasilan minyak. Akibatnya apabila liang roma tersekat degan habuk dan kotoran, pembiakan bakteria terjadi dan sistem limpa akan mengalirkan sejumlah protein untuk mengawalnya. Tetapi kandungan protein yang berlebihan akan menjadikan proses penstabilan tidak berlaku dengan baik malah bakteria akan terus membiak hingga menyebabkan protein akan ditambah di bawah kulit. Akibatnya terbentuklah jerawat yang besar. Saiz dan jenis jerawat bergantung kepada jumlah protein yang dihasilkan. Sepatutnya protein membantu bertindak sebagai antibiotik tetapi sebaliknya bertindak sebagai makanan kepada bakteria hingga mengakibatkan jerawat terbentuk dengan lebih besar.

Faktor Gout
Protein adalah besifat asid. Apabila protein hadir berlebihan dalam darah, ia akan ditukar menjadi asid lemak untuk disimpan. Tetapi asid lemak berlebihan akan ditukar menjadi uric asid dalam darah untuk disingkirkan oleh tubuh. Jika uric asid berlebihan tidak dapat disingkirkan, ia akan terkumpul di bahagian kaki. Ketika tidur, uric asid akan terperangkap di bahagian bawah tapak kaki. Simptom seperti sakit di tumit ketika bangun dari tidur ialah tanda awal terjadinya gout.

Semoga anda bergembira dengan maklumat yang diberikan. 


No comments:

Post a Comment