Tuesday, June 16, 2015

POTENSI PENTERNAKAN KAMBING

                                 Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...



POTENSI PENTERNAKAN


Berdasarkan potensi penternakan kambing ini, Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan bekalan global berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.

Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.

Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.

Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.

Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu  yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.




Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.

Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.


Kami di PH Agro menyediakan perkhidmatan membekal, menjual, 
melapah dan memasak kambing dan bebiri pelbagai jenis untuk tujuan aqiqah, korban dan pelbagai majlis keramaian.  Jangan bimbang, PH Agro sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua bakal pelanggan di sekitar negeri Pahang terutamanya pelanggan di sekitar Temerloh, Mentakab, Lanchang dan Maran. Pakej harga kambing yang ditawarkan juga amat berpatutan.


Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960

No comments:

Post a Comment