Monday, June 22, 2015

HILANGKAN BAU HAMIS DAGING KAMBING

TIDAK dinafikan ramai yang gemar menikmati daging kambing, namun ramai juga beranggapan daging tersebut boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing.
Tahukah anda cara hilangkan bau hamis daging? Dalam artikel ini juga saya akan berkongsi bagaimana ingin mengurangkan bau hamis kambing kerana daging kambing mempunyai rasa dan bau yang agak kuat.
Bau hamis kambing yang kuat pasti akan mematikan selera untuk menikmatinya.
Untuk menghilangkan bau hamis dan rasa yang kuat daripada kambing, apa kata anda cuba beberapa tip yang saya kongsikan ini.
Cara masakan kambing yang sangat popular adalah dibakar atau dibuat gulai. Jika anda memilih untuk membakarnya bahan perapannya perlulah bersesuaian.
Gunakan lebih asid seperti cuka, perahan jus lemon atau yogurt supaya ia dapat mengurangkan bau hamis kambing.

Jika anda memilih untuk membuat hidangan gulai atau berkuah anda boleh melakukan beberapa cara antaranya adalah setelah anda menghiris daging kambing, lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan biarkan selama 15 minit.
Tepung gandum
Limau kasturi

Kemudian bersih daging dan perah limau kasturi atau lemon. Biarkan 30 minit dan bilas. Tapis dan tos air basuhan. Daging kambing sedia untuk dimasak.
Selain itu anda boleh rebus daging hingga mendidih sehingga berbuih. Buangkan buih tersebut hingga habis, kemudian barulah dimasak mengikut resipi anda. Cara ini juga boleh mengurangkan kolesterol dan bau hamis pada daging.
Tip untuk gunakan daging kambing pula adalah seelok-eloknya perap daging dengan tepung dulu sekurang-kurangnya satu jam untuk menghilangkan bau hanyir.
Selain itu, untuk menghilangkan bau hamis dan rasa yang kuat daripada kambing, boleh amalkan kisar daun serai, daun limau purut bersama daun pandan. Kemudian campurkan sedikit tepung gandum, garam, dan air limau nipis. Kemudian masukkan potongan daging kambing dalam adunan atau sebastian tadi dan perapkan selama 1 jam.Selepas sejam, bolehlah cuci daging dengan air yang bersih.
Serai

Daun pandan

Limau purut

Satu lagi petua, boleh basuh daging dengan air beras yang bertujuan boleh mengurangkan bau hamis daging.

Ketika melapah daging kambing juga, cara menggantung kambing haruslah pada posisi yang betul. Bak kata orang dahulu, dengan cara yang betul boleh mengurangkan bau hamis pada daging kambing.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment