Sunday, June 28, 2015

KENALI KAMBING KAMPUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca,

Secara asasnya, PH Agro telah kongsikan untuk beberapa jenis kambing yang 
paling  sering diternak atau dipelihara di Malaysia. Tetapi kali ini kami nak kongsikan kambing-kambing yang terdapat di PH Agro.



KAMBING KAMPUNG









Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960





SAMBUNGAN BEZA KAMBING DAN BIRI-BIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 

Untuk kali ini, kami ingin kongsikan sambungan artikel sebelum ini berkaitan perbezaan kambing dan biri-biri. Dari segi saintifik, bebiri tergolong di dalam keluarga Ovis Aries manakala kambing pula tergolong di dalam keluarga Capra Hircus. Masing-masing merupakan spesis yang berbeza. Bebiri mempunyai 54 kromosom manakala kambing pula mempunyai 60 kromosom. Namun begitu walaupun kedua-duanya tergolong dari spesis yang berlainan namun ia masih boleh dikahwinkan. Walau bagaimana pun jarang sekali hybrid kambing-bebiri yang dihasilkan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi. ...... 

Kambing (goat) dan biri-biri atau bebiri (sheep) pada dasarnya adalah haiwan ternakan yang berbeza. Kambing adalah kambing dan biri-biri adalah dari jenis kibas. Bentuk fizikal dan genetik (DNA) kedua-dua haiwan ini juga berbeza walaupun rupanya hampir sama. Justeru, kalau makan nasi beriani di kedai jangan sampai kita tertipu. 

Pada kebiasaannya di kedai "nasi beriani kambing" adalah sebenarnya "nasi beriani bebiri" daripada daging bebiri yang ternyata harganya lebih murah dan banyak lemak serta mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi berbanding dengan daging kambing seperti Boer yang mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah dari bebiri dan juga ayam. Tetapi harga "nasi beriani kononnya beriani daging kambing" ini harganya sangat mahal sepinggan (mengikut harga daging kambing di pasaran). Bagaimana pula dengan "lamb chop", pernah tak kita memeriksa daging apa yang digunakan oleh restoran-restoran yang menjual makanan barat (western food) ini. Daging kambing atau bebiri yang digunakan.? Kalau "lamb" tentulah ia daging bebiri tetapi kalau daging kambing yang digunakan untuk membuat "lamb chop" tentulah pelanggan bertuah.

       Di Barat, pengusaha restoran tidak suka menipu bahan yang digunakan di dalam masakan mereka dengan menggunakan istilah yang betul berbeza dengan di Malaysia. 





Berikut merupakan perbezaan fizikal dan tabii kedua-dua haiwan ini secara kasar (sebahagian) dan cara untuk mengenal pasti keduanya: 

1. Bebiri suka berkumpulan manakala kambing suka pecah dari kumpulan (bersendirian). Para nabi dan rasul diuji oleh Allah (sebahagian dari ujianNya) menjadi penternak kambing yang sifat semula jadinya suka berpecah dari kumpulannya (seekor dua). Jika lulus ujian Allah ini ternyata ia tidak menjadi masalah kepada para nabi dan rasul untuk memimpin umat manusia yang sikapnya tidak ubah seperti kambing (perumpamaan). Oleh itu, untuk kita menjadi penternak kambing memerlukan tahap kesabaran yang tinggi seperti yang ditunjukan oleh para nabi dan rasul. 

2. Bebiri meragut rumput yang berada di bawah (tanah) manakala kambing suka makan pucuk-pucuk pepohon dan dedaun. Walau bagaimanapun kambing juga meragut rumput. 

3. Ekor bebiri ke bawah manakala kambing menegak ke atas. 

4. Kadar kematangan bebiri lebih cepat berbanding kambing, kambing hanya boleh di buat korban atau akikah setelah umurnya mencapai 2 tahun atau lebih manakala bebiri setahun telah boleh dikorbankan (bebiri jantan). 

5. Bulu tidak boleh dijadikan ukuran perbezaan kerana terdapat juga kambing yang mempunyai bulu yang lebat seperti kambing Pygmy atau African Dwarf dan terdapat juga bebiri yang tidak mempunyai bulu yang lebat. Bebiri boleh dikategorikan kepada dua, "Woolsheep" (berbulu panjang) seperti bebiri Dorset dan "Hairsheep" (rerambut) seperti bebiri Barbados, Damara dan sebagainya. Walau bagaimanapun, bulu bebiri keriting dan kusam manakala bulu kambing agak lurus. 

6. Komposisi daging kedua-duanya juga berbeza dimana kadar karkas (daging) kambing lebih tinggi berbanding dengan bebiri (lemak lebih banyak). Daging kambing juga mempunyai kandungan protein dan vitamin yang tinggi. 

7. Ada beberapa tumbuhan yang menjadi racun (mudharat) kepada bebiri tetapi boleh dimakan oleh kambing dan sebaliknya.

 8. Bebiri dan kambing tidak boleh bersatu (mengawan) kerana mereka adalah spesis yang tidak sama seperti bezanya itik dengan ayam.

 9. Dari segi pengurusan, ianya hampir sama tetapi menternak kambing adalah lebih rumit kerana kambing lebih sensitif kepada persekitaran, makanan dan cuaca. Oleh itu kambing mempunyai nilai komersial yang lebih tinggi.

 10. Istilah dalam Bahasa Inggeris yang digunakan untuk daging haiwan ini berbeza: - Daging kambing dewasa dikenali sebagai chevon. - Daging anak kambing dikenali sebagai cabrito (~Spanish) atau capretto. - Daging bebiri dewasa dikenali sebagai mutton. - Daging anak bebiri dikenali sebagai lamb. 

11. Apabila bebiri betina sampai masa untuk mengawan, sekeliling matanya menjadi cantik disebabkan hormon yang keluar manakala kambing betina mengeluarkan bau di punggungnya (alat pembiakan betina) untuk menarik perhatian pejantan. 

12. Di Indonesia, kambing dipanggil sebagai kambing manakala bebiri dipanggil sebagai domba. Istilah "bodoh domba" adalah digunakan untuk memaki orang yang bodoh yang disamakan seperti bebiri tetapi tidak seperti kambing yang dianggap haiwan yang cerdik, manja dan sebagainya. Banyak lagi perbezaan yang boleh dicari dan diperhatikan diantara kedua-dua haiwan ternakan ini. Ternyata mereka adalah haiwan yang sangat berbeza dan pengurusan kedua-duanya juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sifat-sifat ini.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.


BEZA DAGING KAMBING DAN BIRI-BIRI

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dikesempatan kali ini, kami nak kongsikan satu huraian tentang perbezaan daging kambing dan biri-biri. Kami memilih untuk membincangkan tajuk ini kerana cukup banyak perbincangan tentang perkara ini. Mudah-mudahan dengan membaca artikel ini, pembaca dapat sedikit pengetahuan tentang apa bezanya daging kambing dan biri-biri.. 

Kambing tidak sama dengan biri-biri. Panggilan ‘kambing biri-biri’ itu ialah sebutan tempatan bagi biri-biri sahaja. Bagaimanapun, rupa dua jenis ternakan ini hampir sama.

Apa yang membezakan keduanya adalah pada nama, ciri-ciri ekor, istilah untuk dagingnya serta kandungan lemak dan kolesterol. Ekor kambing berdiri hampir tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu.


Kambing
Biri-biri

Daging kambing dalam bahasa Inggeris ialah chevon manakala daging biri-biri diberi nama mutton. Namun begitu, istilah lamb juga digunakan jika biri-biri disembelih pada umur muda. Daging kambing mempunyai kandungan kolesterol dan lemak yang terendah pada kalangan ternakan ruminan iaitu biri-biri, lembu dan kerbau.

Penjualan daging kambing khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Paling biasa kelihatan di pasar raya ialah daging biri-biri. Harga daging biri-biri adalah jauh lebih rendah daripada daging kambing.

Pengusaha makanan sajian (katerer), hotel serta restoran lebih cenderung menggunakan daging biri-biri dalam masakan kerana harganya yang jauh lebih murah daripada daging kambing.

PERSEPSI SALAH

Disedari atau sebaliknya, ramai kalangan pengusaha makanan sajian, hotel dan restoran melabelkan lauk biri-biri mereka sebagai lauk kambing dalam bahasa Melayu tetapi menggunakan label mutton dalam bahasa Inggeris. Maka tidak hairanlah jika masih ramai rakyat Malaysia memberi persepsi salah yang daging kambing mempunyai banyak lemak.

Beberapa pasaraya masih tidak menandakan daging kambing dengan tepat. Pengunjung pasar raya dan pembaca akhbar harian boleh terkeliru kerana istilah mutton diterjemahkan kepada ‘daging kambing’ oleh beberapa pasar raya besar pada rak jualan dan iklan dalam akhbar harian tempatan.

Kesilapan ini boleh membawa tindak balas negatif bagi promosi makan daging kambing kerana apabila dimasak mutton (yang disangka sebagai daging kambing) kelihatanlah kehadiran lemak yang nyata. Faktanya ialah daging kambing telah terbukti secara saintifik mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah daripada daging biri-biri.

Kambing baka komersil yang dibawa masuk ke negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan banyak melambangkan pengaruh kolonial iaitu Inggeris. Pengaruh Inggeris terbukti dengan kemasukan baka-baka kambing Eropah yang berbadan lebih besar dari baka Katjang iaitu baka tempatan.

Antara baka-baka kambing Eropah ini ialah Toggenburg, British Alpine dan Anglo Nubian. Baka Jamnapari pula dibawa masuk dari sebuah lagi koloni Inggeris, iaitu India.

Pada hakikatnya ternakan dari negara bermusim, seperti Eropah, terdedah kepada tegasan haba dan menjadi kurang produktif bawah sistem tradisional berbanding dengan baka Katjang.

SISTEM TRADISIONAL

Sistem tradisional yang kekal sehingga ke hari ini ialah peliharaan secara berlepas dan tanpa makanan tambahan yang bermutu seperti dedak dan sistem bertambat pada kawasan lapangan berumput seperti di dusun dan di tepi tali air.


Kelembapan tinggi dan suhu panas dalam iklim tropika ialah persekitaran sesuai bagi pembiakan parasit seperti cacing dan kutu. Infestasi cacing tanpa dirawat segera mudah menyebabkan kematian kepada baka-baka import berbanding dengan baka Katjang yang lebih lasak.

Alternatif terbaik bagi meningkatkan daya ketahanan dan produktiviti ternakan ialah menghasilkan kacukan dengan cara mengahwinkan baka tempatan (Katjang) dengan baka berbadan lebih besar dari luar negara.

Laporan bancian pada 1979 menyatakan 84 peratus daripada kambing di Malaysia adalah dari baka Katjang. Selebihnya ialah kambing kacukan. Kesedaran mengenai potensi membangunkan kambing kacukan tempatan telah mendorong kepada penyelidikan dalam aspek pembiakbakaan kambing.

Pada awal 1980-an, kajian pembiakbakaan kambing dipergiatkan dengan penglibatan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Serdang dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan di Institut Haiwan Kluang.

Usaha kacukan ditumpukan kepada penggunaan baka yang diimport seperti Jamnapari, Anglo Nubian dan Saanen. Baka tersebut dikahwinkan dengan baka Katjang bagi mengekalkan ciri lasak dan kadar lahir kembar yang merupakan kekuatan pada baka Katjang.

Baka Katjang dan kacukan berasaskan Katjang berjaya mempelbagaikan harga pasaran kambing mengikut kemampuan pembeli.Pasaran bagi kambing hidup berkait rapat dengan amalan keagamaan seperti aqiqah.

KAJIAN SAINTIFIK

Kajian saintifik membuktikan kandungan kolesterol dan lemak pada daging kambing adalah lebih rendah daripada daging biri-biri, lebih-lebih lagi apabila sembelih pada umur kurang dari setahun.

Kandungan lemak pada daging kambing ialah sekitar tiga peratus sahaja. Daging biri-biri pula mengandungi lemak sehingga 13 peratus. Ini bertambah jelas dengan tiadanya lemak pada keratan daging kambing. Sebaliknya, pada keratan daging biri-biri lapisan lemak yang tebal amat ketara sekali.

Oleh yang demikian fobia atau ketakutan untuk makan daging kambing adalah tidak berasas jika dikaitkan dengan kandungan lemak. Adalah tidak rasional juga dikaitkan daging kambing dengan penyakit darah tinggi kerana kandungan lemak rendah ini.

Bulu kambing jantan dewasa biasanya berbau hamis. Bagaimanapun, kambing jantan muda tidak berbau hamis. Daging kambing dewasa tidak akan berbau hamis jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang betul atau mengikut petua atau amalan tradisional.

Teknologi terkini mampu menyahkan tisu yang menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosedur yang dinamakan de-odorising yang dilakukan pada peringkat anak. Cara demikian dapat memastikan aroma hamis tidak terdapat dalam kandang kambing.

ERA BARU

Kemasukan baka Boer ke negara ini membuka era baru dalam bentuk pasaran daging kambing muda. Baka Boer, yang berasal dari Afrika Selatan, kini terdapat dengan banyaknya di Australia.

Baka ini adalah sesuai dengan iklim Tropika. Amalan pengurusan terbaik adalah peliharaan dalam kandang dan disediakan lapangan berumput di luar kandang untuk tujuan ragutan, dan pergerakan otot-otot badan bagi meningkatkan tahap kesuburan dan kesihatan kambing.

Sebaiknya kambing diberi peluang bersenaman sedemikian ketika cuaca tidak hujan selama dua hingga empat jam sehari. Berat kambing Boer jantan berumur dua tahun berpotensi mencapai sehingga 100 kilogram (kg). Berat sedemikian boleh diterjemahkan kepada harga jualan hidup melebihi RM1,500 bagi tujuan aqiqah dan korban iaitu bersamaan dengan harga seekor lembu baka tempatan.

Kambing kacukan berasaskan Boer pula mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50 kg. Kambing Boer adalah alternatif yang baik bagi tujuan aqiqah dan korban kerana kepadatan daging yang tertinggi berbanding dengan baka kambing lain.

Susuk badan besar pada baka Boer diterjemahkan kepada anak yang lebih berat ketika kelahiran dan kadar pembesaran cepat. Pengurusan yang baik dapat menghasilkan berat lahir anak melebihi 3 kg dan melampaui berat 10 kg ketika berumur satu bulan. Kambing Boer boleh disembelih seawal-awalnya pada umur 5 ke 6 bulan ketika berat badan sekitar 40 kg.

Sekian adalah perkongsian berkaitan daging kambing dan biri-biri. Semoga bermanfaat.

HIKMAH AQIQAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini kami ingin kongsikan berkaitan hikmah akikah dan sedikit hikmah diadakan penyembelihan mengikut syarak.

HIKMAH PENYEMBELIHAN

Terdapat hikmah penyembelihan dalam Islam, antaranya:

-Menghasilkan daging yang halal dan berkualaiti. Kaedah penyembelihan Islam menyebabkan  haiwan mati dengan cepat dan darah di dalam badan kesemuanya mengalir keluar.
-Membezakan antara kaedah penyembelihan orang Islam dan bukan Islam. 
-Menunjukkan kepatuhan dan pengabdian kita kepada agama Islam dengan mentaati perintahnya.


Kaedah penyembelihan menurut Islam

HIKMAH AQIQAH

Setiap perintah yang datangnya dari Allah SWT dan Rasulullah SAW pastilah mengandungi hikmah dan keutamaan. Di antara hikmah aqiqah adalah:

1. Sebagai ungkapan rasa syukur dengan telah dianugerahkannya anak dan kurnia kepada  kita, yang merupakan nikmat yang telah diberikan Allah SWT.
2. Sebagai wasilah (perantara) untuk memohon kepada Allah agar anak yang baru lahir itu dijaga dan dibimbing kepada jalan yang diredai-Nya.
3. Sebagai cara mengeratkan dan menguatkan ukhuwah silaturrahim di antara keluarga, tetangga, saudara maupun bagi kerabat dan juga sahabat. 
4. Sebagai cara menjalin ikatan sosial. antara lain dengan fakir miskin dan anak yatim.

MENGAQIQAHKAN ORANG LAIN

Diperbolehkan selain wali anak, untuk dapat mengurusi sembelihan nasikah dan tidak ada larangan dalam hal itu. Dalilnya adalah perkataan "Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam" dari hadits Samurah Radhiyallahu 'anhu.

Berkata Al-Allamah Asy-Syaukani dalam Nailul Authar (5/133): "Ucapan Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam: "disembelih untuknya" ada dalil di dalamnya bahawa boleh bagi orang lain untuk mengurusi penyembelihan tersebut., sebagimana bolehnya kerabat mengurusi kerabatnya dan seseorang mengurusi dirinya.

Dalil  diperbolehkannya adalah hadits dari Ibnu Abbas tentang Rasulullah s.a.w yang mengaqiqahkan Hassan dan Hussain. Jika seseorang ingin mengaqiqahkan orang lain (termasuk anak yatim), maka hukumnya boleh, dan sunnah bagi anak yang belum baligh dan lebih.

Semoga bermanfaat.



WAKTU PERLAKSANAAN AQIQAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini kami ingin kongsikan berkaitan waktu perlaksanaan aqiqah. Sebagai amal soleh maka ia (ibadah kita) sesuai dengan tuntutan dan contoh dari Rasuluhllah s.a.w agar ibadah kita tidak sia-sia dan dapat diterima Allah SWT. Untuk menjalankan ibadah aqiqah ini juga demikian, haruslah sesuai dengan tuntutan dari Rasulullah SAW baik dalam waktu pelaksanaannya maupun tata cara pelaksanaannya.

Aqiqah diutamakan pelaksanaannya pada hari ke-7 dari kelahirannya. Adapun kalii belum boleh dilaksanakan, boleh juga pada hari ke-14 atau hari ke-21 atau bila-bila masa yang mampu. 

Imam Malik berkata; "Pada zahirnya bahawa keterikatan pada hari ke-7 adalah atas dasar anjuran, andaikan pada hari itu belum bisa dilakukan maka sekiranya menyembelih pada hari ke-14, ke-8, ke-10 atau setelahnya itu, maka aqiqah telah cukup kerananya agama Islam memudahkan bukan menyulitkan."



PEMBAHAGIAN DAGING AQIQAH

Pembahagian daging aqiqah dibahagikan sebahagian kepada fakir miskin sebagai sedekah, kemudian kepada kaum kerabat, dan tetangga yang membantu persalinan atau suku bangsa tertentu. Sebagai hadiah dan juga untuk dimakan sendiri, namun tidak lebih dari sepertiga bahagian.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Timbanglah rambut Hussain dan bersedekahlah dengan seberat rambut tersebut dengan perak dan berikanlah kaki aqiqah kepada satu suku bangsa. [H.R Baihaqi dan Ali RA]. Para ahli fiqh membolehkan juga mengadakan walimah aqiqah dengan mengundang fakir miskin, kaum kerabat dan lainnya untuk diundang makan bersama, berkumpul guna mengeratkan ukhuwah islamiyah dan merajut manfaat dari acara tersebut.


Suasana ketika membahagikan daging akikah

MOMENTUM MEMBERIKAN NAMA

Pada saat aqiqah disunnahkan memberikan nama kepada anak yang baru dilahirkan dengan nama-nama yang baik. Kerana nama yang baik merupakan amin doa dari orang tuanya kepada sang anak. Beberapa nama yang disukai oleh Allah adalah: 
-Abdullah
-Abdul Rahman
-Muhammad
-boleh juga memakai nama Nabi atau Malaikat.

MENCUKUR RAMBUT

Disunatkan mencukur rambut bayi yang baru lahir sampai habis (botak). Kemudian rambut yang telah dicukur tersebut ditimbang dan disunnahkan mengeluarkan sedekah sebanyak timbangannya mengikut harga perak/emas kepada fakir miskin.

Semoga bermanfaat.

PENGERTIAN AQIQAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini kami ingin kongsikan berkaitan akikah. Apa maksud sebenar akikah? 
Pengertian akikah dari segi bahasa adalah 'rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.' Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Antara pengertian lain, akikah menurut bahasa ertinya 'memotong'. Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan akikah kerana ianya harus dipotong (dicukur). 

Menurut istilah pula, akikah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan akikah adalah haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. 

Manakala menurut syarak, akikah pula ialah 'penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.

Manakala akikah dalam pengertian lain ialah binatang ternakan yang berkaki empat yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya. Antara binatang ternakan adalah unta, lembu, kerbau, biri-biri, kibas dan kambing.

Penyembelihan ketika aqiqah


HUKUM AQIQAH

Hukum melakukan akikah itu adalah sunat mu'akkat iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad s.a.w ketika Baginda menqaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain a.s. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanya kepada Rasulullah, lalu Baginda bersabda yang maksudnya,

'Baginda bersabda: "Barangsiapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaanya dan bagi anak perempuan seekor kambing."[HR. Abu Daud].
Imam Syafi'e juga berpendapat bahawa melaksanakan aqiqah adalah sunat mu'akkat.



JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH

Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

-Kambing, biri-biri dan kiba (melebihi satu tahun).
-Lembu dan kerbau (melebihi dua tahun).
-Unta (melebihi lima tahun).

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak yang mempunyai empat kaki, dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus. 
Menurut Imam Malik, As-Syafi'e, Ahmad dan jumhur ulama', bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). 

Perlaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut:

-Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
-Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
-Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
-Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
*Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Manakala rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An'aam. Maka ketiga-tiga haiwan tersebut (rusa, kijang dan kancil) tidak boleh untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah.

Ada jua  bayi yang tidak diakikahkan ketika kecil atas sebab tertentu. Namun apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat akikahnya.
Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat menambahkan ilmu anda semua..



MENANGANI PROSES KELAHIRAN ANAK KAMBING

Dikesempatan kali ini, kami nak kongsikan satu huraian tentang menangani proses kelahiran ternakan kambing. Kami memilih untuk membincangkan tajuk ini kerana cukup banyak perbincangan tentang perkara ini. Mudah-mudahan dengan membaca artikel ini, pembaca dapat sedikit pengetahuan bagaimana menangani proses kelahiran anak kambing. 

A. Tanda-tanda kambing akan melahirkan.
Setelah kandungan berusia kurang lebih 5 bulan, induk kambing biasanya menunjukkan tanda-tanda melahirkan anaknya. Tanda umum adalah sebagai berikut:
· -Ternak gelisah, sering menggark-garukan kaki depan ke lantai kandang/tanah sambil mengembik-ngembik
·   -Vagina berlendir dan memerah disertai dengan mencekungnya pinggul atas.
·   -Sering memperhatikan bahagian belakangnya sambil mengembik.
·   - Proses kelahiran biasanya dilakukan dalam posisi induk terbaring.

                          
                                        Gambar tanda-tanda induk akan melahirkan

B. Proses Kelahiran
Setelah tanda-tanda tersebut diatas, biasanya segera akan terjadi proses kelahiran anak. Jumlah anak yang dilahirkan biasanya adalah dua ekor, namun ada juga terjadi 3/4 ekor per kelahiran. Proses awal kelahiran adalah keluarnya ketuban dari vagina induk. Biasanya berbentuk bulat seperti bola berisi air, tak berapa kemudian gelembung keluar akan pecah dan maka lahirlah anak kambing. Ada posisi anak kambing normal, keluar dengan sendirinya tanpa memerlukan bantuan penternak. Kelahiran-kelahiran dari perut induk adalah seperti berikut:
             
                                              
Penjelasan gambar diatas memperlihatkan posisi anak pada kelahiran normal biasanya 2 kaki depan keluar dahulu diikuti bahagian kepala dan yang lain hingga keluar sempurna. Selain itu posisi keluar yang didahului oleh 2 kaki belakang masih dikategorikan sebagai posisi normal. Selang kelahiran antara anak satu dengan yang lainnya biasanya dalam hitungan satu minit hingga setengah jam.

Namun demikian, sering juga induk mengalami kesulitan kelahiran akibat dari posisi atau kedudukan anak yang tidak normal di dalam kandungan. Pada keadaan seperti ini mutlak diperlukan bantuan manusia (penternak), hal ini untuk memudahkan kelahiran dan menghindarkan terjadinya kegagalan kelahiran akibat induk kehabisan tenaga dan cairan hingga menyebabkan kematian bagi induk dan anaknya. 

Gambar posisi kelahiran tidak normal adalah sebagai berikut:
                                           

C. Cara menangani persalinan untuk posisi tidak normal pada kambing
Pastikan tangan anda bersih dan kuku anda pendek, potong kuku jika panjang kemudian lanjutkan dengan mencuci tangan dengan menggunakan sabun.

                             
Ada beberapa posisi tidak normal pada saat anak kambing akan lahir seperti ada pada gambar diatas, masing-masing posisi memerlukan bantuan menanganinya yang berbeza. Memang pada awalnya agak sulit, namun pelan tapi pasti saya yakin pembaca sekalian mampu mempraktikkannya. Saya berikan contoh penangani pada posisi kelahiran satu kaki depan normal namun satu kaki lainnya posisinya tertekuk. 

Pada posisi ini masukan tangan anda pada organ kelahiran induk, jangan risau tangan anda akan boleh masuk kerana tekstur organ kelahiran tersebut sangat elastik. Upayakan meraih kaki yang tertekuk dengan menggunakan jari telunjuk dengan memposisikan kepala anak kambing berada diantara jari telunjuk dan jari tengah. Jika sulit, sedikit dorong bahagian kepala kembali ke dalam secara perlahan hingga tangan anda mampu meraih kaki yang tertekuk tersebut. Setelah itu posisikan kedua kaki depan sejajar (seperti posisi normal) dan tarik keluar secara perlahan mengikuti dorongan sang induk. Perhatikan, jangan menarik paksa tanpa mengikuti irama dorongan dari induk!!  Lebih mudahya bisa anda lihat melalui ilustrasi gambar dibawah ini:-




Semoga perkongsian kali ini bermanfaat buat semua.

Tuesday, June 23, 2015

PROSES PEMBIAKAN KAMBING

Selepas berkongsi berkaitan asas anatomi kambing, kini pula berkaitan proses pembiakan kambing. Secara asasnya, kambing mencapai baligh sekitar umur tiga ke 15 bulan, bergantung pada baka dan kesihatannya. Kebanyakan penternak lebih gemar menangguhkan pembiakbakaan hingga kambing betina mencapai 70% berat badan dewasa. Namun demikian, pemisahan ini jarang-jarang boleh dilakukan untuk kawanan ternak lepas yang diurus meluas.
Dalam iklim-iklim sederhana, lebih-lebih lagi dalam baka-baka Swiss, musim pembiakan bermula apabila siang makin menyingkat, hinggalah menjelang musim bunga. Di kawasan khatulistiwa pula, kambing boleh membiak pada bila-bila masa sahaja tanpa menentu musim. Kejayaan pembiakan di kawasan-kawasan khatulistiwa lebih bergantung pada bekalan makanan yang tersedia daripada tempoh siang. Kambing betina tanpa mengira baka 21 hari sekali selama dua hingga 48 jam. Kambing betina yang ingin mangawan biasanya mengibas-ngibas ekor, mendekati kambing jantan jika ada, bersuara lebih lantang, dan mungkin juga menunjukkan kehilangan selera dan kurangnya susu sepanjang tempoh mengawan.
Kambing jantan yang subur dari baka-baka Swiss dan utara masuk musim mengawan pada musim luruh seperti kitaran mengawan kambing betina. Kambing jantan berbaka khatulistiwa pula mungkin menunjukkan kesuburan ikut musim, tetapi mampu mengawan pada bila-bila masa seperti kambing betina. Musim mengawan kambing bercirikan kehilangan selera serta minat yang terlalu tinggi terhadap kambing betina. Kambing jantan yang masuk mengawan akan menunjukkan bibir bergulung serta membuang air kencing ke atas kaki depan dan mukanya. Kelenjar bau sebum di dasar tanduk menguatkan bau kambing jantan, iaitu penting untuk ia menjadi lebih menarik kepada kambing betina. Sesetengah kambing betina enggan berkawan dengan kambing jantan yang dinyah baunya.
Selain pengawanan semula jadi, permanian beradas semakin diminati ramai oleh penternak kambing kerana ia memperluas pilihan darah keturunan dengan lebih mudah.

Tempoh kebuntingan kambing kira-kira 150 hari. Selalunya yang dilahirkan adalah anak kembar dua tetapi anak tunggal dan anak kembar tiga tidak kurang juga berlaku. Jarang-jarang berlakunya kelahiran anak kembar empat, lima, ataupun enam. Kelahiran anak kambing biasanya berlaku secara senyap. Sebelum melahirkan, si ibu merendahkan badan sekitar bahagian ekor dan pinggul, sambil bernafas termengah-mengah. Ia mungkin beriak wajah rimas, menjadi resah dan mencurah penuh kasih sayang kepada pembelanya. Selepas melahirkan, si ibu biasanya makan urinya untuk memperoleh zat-zat yang amat diperlukannya, membantu mehanan pendarahan, dan mengurangkan resapan bau kelahiran untuk pemangsa, serupa dengan kelakuan haiwan liar seperti rusa.
Penghasilan susu bermula sewaktu kelahiran anak, berbeza-beza mengikut baka, umur, mutu dan pemakanan si ibu kambing; kambing tenusu umumnya menghasilkan antara 660 ke 1,800 liter (1,500–4,000 paun) susu dalam setiap tempoh laktasi 305 hari. Secara purata, seekor kambing tenusu yang bermutu baik akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 6 paun (2.7 liter) susu sehari selagi bersusu. Pengeluar susu kali pertama mungkin menghasilkan sebanyak 16 paun (7.3 liter) susu ke bawah, ataupun lebih banyak daripada itu dalam kes-kes yang luar biasa. Selepas laktasi, kambing betina "kekeringan" biasanya selepas membiak. Kadang-kadang kambing yang tidak membiak dan diperah susu tanpa henti akan kekal dalam laktasi melebihi 305 hari yang kebiasaan. Baka-baka pedaging, serat, dan belaan biasanya tidak diperah susu dan sekadar menghasilkan susu yang cukup untuk anak hinggalah cerai susu. Laksasi jantan juga diketahui berlaku dalam kalangan kambing.



Semoga bermanfaat..

Monday, June 22, 2015

PEMBIAKAN KAMBING

Memahami pembiakan kambing adalah sangat penting untuk meningkatkan produktiviti, yang sebahagian besarnya berkisar berkaitan fungsi kadar kehamilan, bilangan anak yang dilahirkan dan dibela dan kekerapan anak yang dilahirkan. Oleh itu, pengurusan pembiakan kambing harus menghasilkan tahap kesuburan yang tinggi (lebih daripada 90 peratus). Memahami proses pembiakan kambing akan membantu pengeluar menguruskan kambing dengan lebih cekap dan membiak dengan baik. Kekangan utama bagi pengurusan pembiakan kambing adalah sifat bermusim pembiakan dan kekurangan data mengenai prestasi pembiakan, terutama baka kambing tempatan.





Anatomi Pembiakan

Memahami kitaran estrous, mengawan, kehamilan dan kelahiran adalah penting dalam menguruskan haiwan untuk kadar pembiakan yang tinggi. Walau bagaimanapun, untuk memahami perkara-perkara ini, pemahaman yang mencukupi anatomi adalah penting. Bahagian-bahagian anatomi di bawah menggambarkan organ-organ seksual dan pembiakan ini, di luar dan di dalam tubuh kambing, serta fungsi mereka dalam kedua-dua jantan dan betina.
 
Kambing Jantan
 

Saluran pembiakan kambing jantan terdiri daripada buah zakar, testis, epididimis, vas deferens, kelenjar aksesori dan zakar. Selain sekitar dan melindungi testis, skrotum juga membantu dalam    peraturan suhu testis kerana kehadiran banyak kelenjar peluh.Sperma dalam hormon seks kambing jantan, testosteron dibuat dalam testis. Tidak seperti kambing betina, sperma dihasilkan sepanjang hayat pembiakan kambing jantan. Sperma diangkut, matang, tertumpu dan disimpan di dalam epididimis sehingga ejakulasi (pengeluaran) berlaku semasa persetubuhan (pembiakan). Sperma meninggalkan epididimis melalui eferens vas setiap buah zakar dan bergabung dengan uretra berhampiran pundi kencing. Sperma dan cecair ditambah oleh kelenjar pembiakan lain, bersama-sama dikenali sebagaiair mani,dipindahkan daripada badan pada ejakulasi semasa pembiakan.Jumlah air mani dan sperma dalam air mani bergantung kepada musim tahun, umur haiwan dan tahap aktiviti seksual.Jumlah dan kepekatan normal bagi kambing jantan adalah 0,5-1,5 cc (atau ml) dan 1,5-50 bilion sperma per cc. Akhirnya, zakar adalah organ persetubuhan bagi kambing jantan.

Kambing Betina

Saluran pembiakan kambing betina terdiri daripada ovari, oviduct (tiub fallopio), rahim,  pangkal rahim, faraj dan vulva. Ovari menghasilkan telur dan hormon betina, estrogen     dan progesteron.Ketika lahir, kambing betina itu dilahirkan dengan semua telur dia pernah ada dalam hidup.Pada ovulasi, telur dilepaskan dari folikel (berisi cecair "lepuh") pada  ovari ke dalam tiub fallopio (oviduct). Apabila telur dilepaskan dari folikel, ia kemudian   bergerak ke bawah tiub fallopio kalaulah menyertai sperma di tapak persenyawaan terletak di rantau ampulla di oviduct itu.Semasa mengandung, rahim, yang terdiri daripada dua  tanduk rahim dan badan, adalah tapak telah perkembangan janin berlaku. Ketika proses   ini, otot rahim akan menegang dan menolak benih daripada saluran rahim. Serviks adalah pembukaan ke rahim yang dimeteraikan oleh bahan yang dipanggil plug mukus. Plug ini   mengisi dan segel terusan pangkal rahim semasa mengandung yang   menghalang patogen berbahaya daripada memasuki badan rahim yang boleh membahayakan janin berkembang. Organ mengawan dan tapak pemendapan air mani adalah faraj, manakala (di luar) bahagian luar saluran pembiakan dipanggil vulva.

ANATOMI KAMBING

Kambing adalah sejenis haiwan ruminan seperti lembu. Apa itu ruminan?

Dalam bidang fisiologi, ruminan ialah mamalia dalam order  Artiodactyla yang mencernakan makanan asas tumbuhan dengan mula-mula melembutkan makanan itu dalam perut pertamanya, kemudian meluahkan gumpalan makanan yang tercerna separa, iaitu mamahan, dan mengunyahnya sekali lagi. Proses mengunyah semula mamahan untuk mengurai lagi jisim tumbuhan serta merangsang pencernaan dipanggil "peruminatan". Antara mamalia ruminan termasuk lembu, kambing, biri-biri, zirafah, kerbau, rusa, unta dan dll. Secara taksonomi, suborder Ruminantia merangkumi semua spesies tersebut kecuali unta, llama, dan alpaka, yang tergolong dalam Tylopoda. Oleh itu, istilah 'ruminan' tidak bersinonim dengan Ruminantia. Istilah "ruminan" berasal dari bahasa Latin, yakni ruminare yang bererti "mengunyah sekali lagi".

Ruminan adalah haiwan yang mempunyai perut yang ada empat bahagian perut. Saya pasti anda semua pernah melihat perut lembu, dan mungkin antara anda pernah melihat perut kambing. Salah satu perut yang popular adalah perut kitab. Perut yang berlapis-lapis. Saya akan ceritakan kemudian apakah nama perut kitab ini. Jadi di bawah adalah anatomi sistem pencernaan kambing.



Gambar di atas dalam bentuk ilustrasi, jadi kesannya kurang. Di bawah adalah gambar yang sebenar perut ruminan.


Ruminan adalah haiwan yang mempunyai 4 bilik sistem pencernaan (polygastric) yang membolehkah haiwan tersebut mendapat majoriti zat-zat mineral dari foraj dan konsentrat. Sistem pencernaan ruminan termasuk juga mulut (ragut makanan), gigi (untuk mengisar makanan), lidah (deria rasa dan papillae), kelenjar air liur (memudahkan makanan ditelan), pharynx (laluan makanan yang mengelak makanan daripada masuk ke dalam paru-paru), dan esophagus (tiub yang membawa makanan dari mulut ke perut).

Kemudian, barulah makanan ini tiba di 4 chambers of ruminant. (macam the chamber of the secrect, Harry Potter, hahaha).


Reticulum adalah perut yang mempunyai permukaan seperti sarang lebah. Bahagian ini membantu mengasingkan bendasing daripada bahan makanan.

Ruminan makan dan telan dulu. tidak terus mengunyah. Mereka akan mengunyah bila mereka berehat, melepak di kandang atau di bawah pokok. Memandangkan ruminan tidak terus mengunyah, bendasing seperti batu, pasir dan sebagainya akan terus masuk ke dalam perut. Semasa mereka mengunyah, bendasing ini akan mendap dalam reticulum dan dapat dihalang daripada memasuki sistem pencernaan yang lain. Apabila bendasing masuk reticulum, ia akan berada di situ selamanya. Jika terlalu banyak, kerosakan pada reticulum akan berlaku.

Seterusnya adalah
RUMEN


Organ ini membenarkan bakteria dan bahan kimia untuk mengurai serat. Dindingnya sangat tebal dan memenuhi kebanyakan bahagian kiri abdomen. Dinding rumen mengandungi papillae (yang boleh berukuran sehingga 1 cm panjang). Di sinilah terdapatnya bakteria yang mengurai serat. Papillae adalah biji-biji yang terdapat dalam gambar. Bila kita lapah perut dia, kita kena cuci perut tu, untuk buang bahan hitam yang melekat pada perut, itu la papillae.

Kemudian adalah
OMASUM


Inilah perut kitab yang saya katakan tadi, OMASUM. Omasum adalah bahagian yang bulat dan kuat. Organ ini menghancurkan makanan untuk proses penguraian kimia. Ini kalau masuk plastik, mau tak keluar dah plastik tu.

Akhir sekali adalah,
ABOMASUM.


ABOMASUM adalah sejenis perut yang sama dengan perut bukan ruminan, iaitu haiwan yang mempunyai satu perut. Dan semestinya seperti kita. Di sinilah berlakunya kebanyakan bahan makan diurai secara kimia. Terdapat pelbagai enzim pencernaan seperti pepsin, rennin, bile dan lain-lain lagi.

Seterusnya makanan yang telah melalui proses pencernaan akan memasuki USUS KECIL. Di sini, kebanyakan bahan makanan diserap ke dalam saluran darah. Terdapat tiga seksyen, duodenum, jejunum dan ileum. Bahan makanan tadi akan dimampat secara berterusan semasa melalui usus kecil dan menjadi lebih pejal. Kebanyakan proses penyerapan berlaku di bahagia duodenum dan jejunum.

Selepas itu, bahan makanan yang tidak digunakan, masuk ke dalam USUS BESAR. Di sini makanan yang tidak diperlukan bersedia untuk dibuang dari sistem badan. Kemudian bahan ini melalui RECTUM dan keluar melalu ANUS sebagai tinja.

Maka, berakhirlah proses pencernaan makanan tadi. Kesimpulannya, ruminan dapat menyerap protein dan tenaga daripada makanan kasar yang dimakan mereka. Berbanding dengan haiwan bukan ruminan, bagi mendapatkan zat-zat seperti yang diperolehi ruminan daripada, makanan tersebut adalah makanan yang telah diproses (dihancurkan, dan dikunyah sebelum telan. Sebab itu Rasulullah mengajar kita untuk mengunyah sehancur mungkin, ada riwayat mengatakan 40 kali kunyahan baru ditelan makanan tersebut. Makanan yang dikunyah dengan baik, dapat dicerna dengan baik, dan penyerapan zat juga baik.)
Semoga bermanfaat