Friday, June 12, 2015

HIKMAH MENTERNAK KAMBING


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
Sebagaimana kita maklum semasa belajar sirah para nabi, kebanyakkan nabi-nabi 
mengembala kambing. Ya mengembala kambing..Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW 
juga mengembala kambing.

Ingatkah pembaca cerita “Ahmad Albab” lakonan Allahyarham P.Ramli? Dalam cerita
 tersebut P.Ramli melakonkan watak sebagai pengembala kambing sehingga seekor 
kambingnya sesat masuk ke dalam gua. =)
Jika kita perhatikan hari ini, aktiviti mengembala kambing sudah tiada di Malaysia, yang
 ada menternak kambing.. Pendapat saya, ada perbezaan antara mengembala dan 
menternak kambing. Salah satunya, kita perhatikan dalam kisah ‘Ahmad Albab’, memang
 tugas pengembala kambing membawa kesemua kambing ke padang meragut rumput dan
 memerhatikan kambing-kambing tersebut dari pagi sehingga petang. Manakala penternak 
moden hari ini, membela dan memberi makan dalam kandang sahaja. Cara ini memang 
lebih mudah untuk menjaga kambing-kambing tersebut.
Namun, apabila dilepaskan dari kandang, ada pemilik jarang-jarang sekali memerhatikan ke
 mana kambing-kambingnya meragut rumput. Dikawasan tanah mereka ke atau kawasan 
kebun orang lain. Ada juga penternak melepaskan kambing mereka awal pagi dan mencari 
kambing-kambingnya pada sebelah petang sahaja. Maka aktiviti tersebut saya tidak panggil 
gembala kambing.. Tapi ini pendapat saya sahaja..

Inilah antara pemandangan kambing PH Agro meragut rumput...






Untuk pengetahuan pembaca,  ada hikmah besar mengembala kambing dari perspektif bisnes.
Sebagaimana yang kita ketahui, antara sifat kambing adalah kambing berbau hapak, degil 
serta tidak mendengar arahan walaupun dipukul seteruk mana sekalipun. Pengajaran yang 
dapat diambil terutama kepada usahawan adalah:
  1. Membentuk sifat sabar (self-control), agresif dan berjiwa kental menempuh cabaran yang datang.
  2. Membentuk sifat bekerja kuat dan berdisiplin.
  3. Pengurusan masa (time management) dalam kehidupan seharian.
  4. Usahawan perlu bijak membuat kira-kira (accounting) dan mengawal sumber yang ada.
  5. Memikirkan kebesaran ciptaan Allah SWT akan mampu membuka minda untuk berfikiran lebih jauh.
p/s: Sumber infomasi diperoleh dari buku Jejak Bisnes Rasul terbitan PTS.

Saya tertarik pengajaran no 4 di mana dari sudut gembala kambing, pengembala perlu 
melihat keluasan padang ragut dan kuantiti kambingnya. Disamping itu pengembala perlu 
mengira setiap berapa bulan baru dia boleh datang kembali ke kawasan tersebut 
berdasarkan geografi dan iklim setempat agar dapat memberi cukup masa untuk rumput-
rumput tumbuh dan boleh dijadikan kawasan ragut kembali.
Sekiranya pengurusan sumber ini tidak dirancang dengan baik, silap hari bulan kambing-
kambing akan kelaparan kerana sumber rumput telah habis diragut..=)
Semoga para usahawan dapat mengambil pengajaran dari hikmah gembala kambing ini 
untuk terus berjaya dalam perniagaan. Sekian untuk kali ini.
-NZ

~

No comments:

Post a Comment