Monday, June 22, 2015

TINJA KAMBING

Pembuatan Baja Kompos
Industri baja organik pada masa kini amat berkembang pesat di sebabkan kerajaan menggalakkan para usahawan menceburi sektor pertanian.Bagi penternak kecil-kecilan boleh juga menggunakan sisa ladang mereka yang ada untuk di jadikan pendapatan sampingan dengan menjadikan sisa ladang sebagai baja kompos di samping dapat mengamalkan konsep sifar sisa dalam ladang.Di sini saya cuba penerangkan proses pembuatan baja kompos secara menual ataua secara kecil-kecilan.Pada asasnya caranya sama juga pada peringkat komersial tetapi di peringkat itu banyak menggunakan teknologi moden dan jentera.
Proses yang saya paparkan ini adalah hanya menggunakan satu tan tinja kambing/lembu bersamaan 1000 kg.

Keperluan Asas.

1.
Tinja Lembu / Kambing
2.
Bangsal -
berbumbung penuh (mengindari dari sinar matahari secara langsung) dinding bangsal daripada batu setinggi 2 kaki dari lantai (supaya tidak basah terkena air hujan),lantai tidak bersimen
3.
Skop/Penyodok/Cangkul

Proses Membuat Baja Kompos.

1.
Pengumpulan Tinja/ kotoran ternakan
2.
Pengkomposan
3.
Penapisan
4.
Pembungkusan
5.
Pemasaran



Pengumpulan Tinja/ Kotoran Ternakan

Tinja kambing/lembu ini di ambil daripada kandang dan di kumpulkan di sebuah bangsal untuk dijadikan baja kompos. Kebiasaannya untuk mendapatkan kuantiti tinja yang banyak mestilah dibiarkan beberapa minggu/bulan untuk mengumpul tinja tersebut berdasarkan kuantiti ternakan yang ada.Bagi penternak yang baru mula menjinakkan diri dalam bidang ini,kuantiti tinja dan lain-lain bahan mestilah di sukat dengan kuantiti yang betul supaya peratusan adunan dapat dilakukan dengan tepat.
2.
Pengkomposan

Dalam memproses pengkomposan baja kompos ini terdapat 6 langkah iaitu :

Langkah 1
Pengkomposan baja bermula dengan mengadunkan bahan-bahan seperti tinja

Langkah 2
Kemudian perlulah menaburi STAR DEC pada tinja tersebut dengan peratusan 0.25% sahaja

Langkah 3
Seterusnya ditaburi pula Abu ( dari bahan bakar ) pada tinja yang telah ditaburi STARDEC dengan peratusan 10% daripada kauntiti tinja tersebut.

Langkah 4
Langkah seterusnya adalah memasukkan Abuk Kayu Gergaji dengan peratusan 5 % sahaja.

Langkah 5
Akhir sekali,hendaklah diadunkan dengan Kapor dengan peratusan sebanyak 2%

Langkah 6
Setelah semua bahan diadunkan dan digaul sama rata,adunan tinja tersebut hendaklah disusun/ditimbun berlapis-lapis sehingga ketinggian lebih kurang 1.5 meter.Timbunan tersebut hendaklah dibiarkan timbunan selama seminggu dan dilakukan pembalikan dengan setiap 7 hari dengan 4 kali pembalikkan.


Maklumat Tambahan
Semasa pembalikan dilakukan pastikan keadaan kelembapan sekitar 60%.Secara manualnya kita boleh memegang timbunan tersebut untuk merasai kelembapannya dengan tangan sahaja.Jika terlalu kering hendaklah direnjiskan air.

Ciri-ciri Baja Kompos Yang Baik.

1.Suhu dingin secara alami (35°c)
2.Warna Coklat kehitaman
3. Sudah tidak berbau
4.Kadar air lebih kurang 40%

3.
Penapisan

Selepas di lakukan 4 pembalikkan,mestilah kita menapisnya menjadi sebuk yang halus untuk menjadikan kualiti semasa kita pasarkan itu nampak baik.Jika hanya untuk kegunaan sendiri terpulanglah kepada tuan punya badan itu sendiri.Penapisan bolehlah dilakukan oleh mesin yang terdapat di pasaran sekarang dan harganya amatlah berpatutan atau tapisan boleh juga dibuat menggunakan jarring dawai yang biasa digunakan oleh tukang rumah untuk mengasingkan pasir kasar dan pasir halus untuk mendapatkan tekstur yang seragamdan mengasingkan benda asing yang tidakdiperlukan.Hasilnya selepas ditapus akan jadi seperti pada gambar di sebelah.

4.
Pembungkusan

Selepas selesai ditapis dan hendaklah di timbang mengikut saiz pelastik pembungkusan.Pembungkusan boleh dibuat menggunakanjenama tertentu mengikut saiz 1kg, 5kg , 10kg atau 20kg mengikut permintaan pasaran.Jika baja baja kompos ini hendak dipasarkan secara besar-besaran hendaklah memasukan label/maklumat baja tersebut seperti nilai keasidan,peratusan kandungan bahan abik doi dalam baja dan lain-lain seperti juga makanan adanya label maklumat pemakanan yang mempunyai peratusan lemak,nutrien dan lain-lain untuk menyakinkan para pengguna/pembeli.

5.
Pemasaran

Pemasaran amatlah penting dalam sesuatu perniagaan.Jadi untuk baja kompos ini adalah pasarannya amatlah luas disebabkan setiap aktiviti pertanian atau nursery memerlukan baja.Oleh itu,baja kompos ini boleh di pasarkan di pelbagai tempat dengan mengutarakan kelebihan baja kompos berbanding baja kimia.Antara tempat-tempat yang boleh dipasarkan produk ini ialah pasar tani,internet dan lain-lain lagi.

Kelebihan Baja Kompos

1.
Tidak berbau
2.
Meningkatkan kesuburan tanah
3.
Memperbaiki struktur dan mengemburkan tanah
4.
Memperbaiki pH tanah
5.
Merangsang pertumbuhan pokok
6.
Meningkatkan kualiti hasil pertanian

Faedah

1.
Menyelesaikan masalah pencemaran dan bau busuk
2.
Menjimatkan kos penyediaan kumbahan najis ternakan
3.
Menjimatkan kos eletrik dan air
4.
Mesra alam sekitar
5.
Menarik minat pengusaha
6.
Membantu mencapai sasaran Dasar Pedaging Negara

No comments:

Post a Comment