Tuesday, June 16, 2015

APAKAH PERBEZAAN SUSU KAMBING DAN SUSU LEMBU?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apakah perbezaan susu kambing dan susu lembu? Tentu sekali banyak perbezaannya..Jom kita sama-sama lihat...

Perbandingan Khasiat Susu Kambing dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter

VITAMIN
KAMBING
KERBAU
LEMBU
Vitamin A
2070
1669
1560
Vitamin D
23.7
tiada
tiada
Riboflavin
1.84
1.07
1.75
Nicotinic Acid
1.87
1.71
1.94
Choline
150
tiada
121
Inositol
210
tiada
110
Vitamin B1
0.0006
0.0043
0.0043

Nampaknya, susu kambing mengandungi lebih peratus  vitamin yang baik untuk tubuh manusia berbanding susu kerbau dan lembu.. Dan, apakah pula fungsi bagi setiap vitamin ini? 

JADUAL KEGUNAAN VITAMIN


NAMA VITAMIN
KEGUNAAN VITAMIN
  KEKURANGAN VITAMIN
Vitamin A (Retinol)
Kekuatan gigi, tulang , tisu lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas & normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan (immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah putih yang  menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
Kekurangan vitamin A boleh menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah  - Osteoporosis
Vitamin DVitamin D menolong untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan hypocalcemia, dan ia  meningkatkan sistem imuniti. Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah patah tulang kejang otot  pada tangan kaki dan tekak.
Riboflavin
Riboflavin  perlu untuk pembentukan sel darah merah, penghasilan antibodi,  pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract.  Riboflavin juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ; menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung, kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.
Kekurangan  boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).  
Gatal kulit, pening , rambut gugur dan insomnia (tidak boleh tidur). 
Lemah daya penghadaman, membantut tumbesaran,  dan lembap dalam tindakbalas mental
CholineCholine mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia menyihatkan salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones.  Ia juga memilihara system saraf, daya peringatan dan daya belajar.  Ia juga memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.
Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa kepada penyakit ginjal. 
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
InositolInositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada.Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit – gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik level cholesterol kita.
Vitamin B1Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar.  Untuk Kanak Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah.  Ia juga melegakan sakit arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulanKekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder" dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit 
Gangguan mental atau emosi.

Semoga perkongsian ini amat berguna kepada semua...PH Agro juga menjual daging kambing segar..

#Pastinya kami menjanjikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda..

Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan maklumat
boleh terus hubungi di 
talian 011-28945330/ 019-9025960

No comments:

Post a Comment