Selepas berkongsi berkaitan asas anatomi kambing, kini pula berkaitan proses pembiakan kambing. Secara asasnya, kambing mencapai baligh sekitar umur
tiga ke 15 bulan, bergantung pada baka dan kesihatannya. Kebanyakan penternak
lebih gemar menangguhkan pembiakbakaan hingga kambing betina mencapai 70% berat
badan dewasa. Namun demikian, pemisahan ini jarang-jarang boleh dilakukan untuk
kawanan ternak lepas yang diurus meluas.
Dalam iklim-iklim sederhana, lebih-lebih
lagi dalam baka-baka Swiss, musim pembiakan bermula apabila siang makin
menyingkat, hinggalah menjelang musim bunga. Di kawasan khatulistiwa pula,
kambing boleh membiak pada bila-bila masa sahaja tanpa menentu musim. Kejayaan
pembiakan di kawasan-kawasan khatulistiwa lebih bergantung pada bekalan makanan
yang tersedia daripada tempoh siang. Kambing betina tanpa mengira baka 21
hari sekali selama dua hingga 48 jam. Kambing betina yang ingin mangawan
biasanya mengibas-ngibas ekor, mendekati kambing jantan jika ada, bersuara
lebih lantang, dan mungkin juga menunjukkan kehilangan selera dan kurangnya
susu sepanjang tempoh mengawan.
Kambing jantan yang subur dari baka-baka
Swiss dan utara masuk musim mengawan pada musim luruh seperti kitaran mengawan kambing
betina. Kambing jantan berbaka khatulistiwa pula mungkin menunjukkan kesuburan
ikut musim, tetapi mampu mengawan pada bila-bila masa seperti kambing betina.
Musim mengawan kambing bercirikan kehilangan selera serta minat yang terlalu
tinggi terhadap kambing betina. Kambing jantan yang masuk mengawan akan
menunjukkan bibir bergulung serta membuang air kencing ke atas kaki depan
dan mukanya. Kelenjar bau sebum di dasar tanduk menguatkan bau kambing jantan,
iaitu penting untuk ia menjadi lebih menarik kepada kambing betina. Sesetengah
kambing betina enggan berkawan dengan kambing jantan yang dinyah baunya.
Selain pengawanan semula jadi, permanian
beradas semakin diminati ramai oleh penternak kambing kerana ia memperluas
pilihan darah keturunan dengan lebih mudah.
Tempoh kebuntingan kambing kira-kira 150
hari. Selalunya yang dilahirkan adalah anak kembar dua tetapi anak tunggal dan
anak kembar tiga tidak kurang juga berlaku. Jarang-jarang berlakunya kelahiran
anak kembar empat, lima, ataupun enam. Kelahiran anak kambing biasanya berlaku
secara senyap. Sebelum melahirkan, si ibu merendahkan badan sekitar bahagian
ekor dan pinggul, sambil bernafas termengah-mengah. Ia mungkin beriak wajah
rimas, menjadi resah dan mencurah penuh kasih sayang kepada pembelanya. Selepas
melahirkan, si ibu biasanya makan urinya untuk memperoleh zat-zat yang amat
diperlukannya, membantu mehanan pendarahan, dan mengurangkan resapan bau
kelahiran untuk pemangsa, serupa dengan kelakuan haiwan liar seperti rusa.
Penghasilan susu bermula sewaktu
kelahiran anak, berbeza-beza mengikut baka, umur, mutu dan pemakanan si ibu
kambing; kambing tenusu umumnya menghasilkan antara 660 ke 1,800 liter (1,500–4,000 paun)
susu dalam setiap tempoh laktasi 305 hari. Secara purata, seekor kambing tenusu
yang bermutu baik akan mengeluarkan sekurang-kurangnya 6 paun
(2.7 liter) susu sehari selagi bersusu. Pengeluar susu kali pertama
mungkin menghasilkan sebanyak 16 paun (7.3 liter) susu ke bawah,
ataupun lebih banyak daripada itu dalam kes-kes yang luar biasa. Selepas
laktasi, kambing betina "kekeringan" biasanya selepas membiak.
Kadang-kadang kambing yang tidak membiak dan diperah susu tanpa henti akan
kekal dalam laktasi melebihi 305 hari yang kebiasaan. Baka-baka pedaging,
serat, dan belaan biasanya tidak diperah susu dan sekadar menghasilkan susu
yang cukup untuk anak hinggalah cerai susu. Laksasi jantan juga diketahui
berlaku dalam kalangan kambing.
Semoga bermanfaat..
No comments:
Post a Comment