Bagi melengkapi diet harian, setiap sajian kita perlu mengandungi sumber karbohidrat,protein, dan fiber. Daging kambing adalah satu contoh sumber protein yang tinggi. Namun, sesetengah individu silap dengan menjauhkan diri dari mengambil daging kambing, bahkan ada yang tidak mahu
menyentuhnya sama sekali kerana takut akan kandungan kolestrol, begitu katanya.
Tahukah
anda bahawa daging kambing sangat berkhasiat?
Daging kambing diperkaya dengan
zat protein yang tinggi. Daripada ujian analisis makanan, setiap 100 gram daging kambing panggang
mengandung 143 kalori. Jumlah kalori tersebut lebih rendah dari daging lembu
dengan 179 kalori, ayam 162 kalori. Jika
dilihat dari kandungan lemak, daging kambing mengandungi 2.6 gram dan daging
sapi 7.9 gram. Berdasarkan diet 2000 kalori, pengambilan daging kambing hanya
memenuhi empat persen keperluan lemak. Demikian menunjukkan bahawa menu daging
kambing panggang amat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet.
Fakta Pemakanan Daging Kambing |
Dari sukatan 100 gram, daging kambing membekalkan tenaga
143 kkal, protein 27 gram, kolesterol 75 mg, zat besi 2 mg, zinc 5.21 mg, dan
lemak tepu 0.79 mg. Sementara daging lembu mengandungi tenaga 204 kkal, protein
28.3 gram, kolesterol 84 mg, zat besi 3.58 mg, zink 5.59 mg, dan lemak tepu 6.8
mg. Fakta ini menunjukkan bahawa kolesterol dalam daging kambing sebenarnya
lebih rendah dari daging lembu.
Selain zat besi, daging kambing mengandungi
choline, selenium, dan vitamin B. Kehadiran vitamin B berperanan penting untuk
membakar lemak, sementara selenium dan choline mampu mencegah kanser.
Walaupun dari segi lemak dan kolesterol daging
kambing lebih rendah, tetapi protein dari daging lembu jauh lebih tinggi.
Kandungan protein diperlukan untuk memperbaiki dan membentuk otot dan produksi
antiobodi yang melindungi tubuh dari infeksi.
Kandungan zat besi dalam kedua jenis daging ini
membantu pembentukan hemoglobin yang menghantarkan oksigen ke beberapa bahagian
tubuh. Zink membantu formasi jaringan tubuh dan metabolisme, selenium boleh menguraikan lemak dalam tubuh.
Secara kesimpulannya, pengambilan daging kambing dalam diet harian adalah sangat baik. Namun, jangan mengambil daging kambing secara berlebihan..
#Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan
daging kambing, boleh terus hubungi di talian 011-28945330/
019-9025960
No comments:
Post a Comment