Melalui pembacaan saya, kambing mempunyai karektor seperti berikut;
- Tegas.
- Berpendirian.
- Matang.
- Berani kerana benar, berani menegakkan keadilan
dan kebenaran.
- Memahami arahan.
- Gembira dan tahap kecintaan yang tinggi.
- Tinggi EQ (emotional quotient).
- Kadar instinct, intuisi, naluri dan gerak rasa
yang tinggi.
- Tersenyum.
Kambing sedang meragut rumput. |
Ketegasan kambing dapat dilihat dengan membuat percubaan menarik dan
menolaknya. Contohnya kambing yang diikat lehernya dengan tali, apabila ditarik
dia akan tegap dan mengundur untuk melawan tarikkan. Jika kita menolak badannya
ke belakang, dia akan melawan dan seperti hendak mara ke hadapan. Jika kita
berada di sisinya, cuba tolak ke tepi sebelah sana, dia akan rapat ke kita.
Jika kita tarik ke arah kita, dia akan menjauhkan kita. Maksudnya apabila
kambing berdiri, dia berdiri dengan tegap dan tegas.
Kambing hanya akan bergerak jika diberi arahan dengan ikhlas. Kita boleh
arahkan kambing masuk atau keluar kandang, balik ke kandang, jangan makan pokok
bunga atau tanaman orang lain, jangan merayau jauh-jauh dan sebagainya. Arahan
perlulah berserta dengan hati yang ikhlas dan penuh kasih sayang, insya Allah
memelihara kambing amatlah menyeronokkan.
Dakwaan yang menyatakan mengembala kambing menguji kesabaran atau mendidik
supaya menjadi seorang yang penyabar rasanya kurang tepat. Kenyataan yang tepat
ialah mengembala kambing akan meningkatkan rasa kecintaan, kegembiraan,
kepuasan dan penghayatan yang tinggi di samping menjana EQ yang tinggi.
Pengalaman sebenar hanya dapat dirasai jika kita mengembala kambing itu
sendiri.
Sumber Penjanaan EQ (Emotional Quotient)
Selain pengurai kolestrol dan Vitamin C, kambing juga mempunyai mineral
ringan yang amat baik untuk pembentukan sel hati, merangsang rembesan hormon
daripada Kelenjar Pineal CL1, Kelenjar Pitutary CL2, Hati
CL12, Hempedu CL14, Pankreas CL15, Kelenjar Adrenal
CL13 serta hormon pembiakkan ovari dan testis CL16.
Tindak balas logam ringan terhadap keseimbangan hormon dalam badan akan
membantu meningkatkan tahap kematangan dan penghayatan seseorang. Mengamalkan
memakan daging dan meminum susu kambing akan menjadikan pemikiran bertambah
pantas, tajam dan tahap ingatan meningkat. Ketika itu penghayatan dan kematangan
akan terbentuk dengan mantap atau disebut emotional quotient EQ.
Sekiranya anda mahu anak-anak menjadi bijak insya Allah, amalkan memakan
daging kambing atau meminum susu kambing.
Kami di PH Agro menyediakan perkhidmatan membekal, menjual, melapah dan memasak kambing dan bebiri
pelbagai jenis untuk tujuan aqiqah, korban dan pelbagai majlis keramaian.
Jangan bimbang, PH Agro sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan
terbaik untuk semua bakal pelanggan di sekitar negeri Pahang terutamanya pelanggan
di sekitar Temerloh, Mentakab, Lanchang dan Maran. Pakej harga kambing yang
ditawarkan juga amat berpatutan.
Sekiranya pembaca berminat untuk bertanya atau ingin mendapatkan
maklumat,
boleh terus hubungi di
talian 011-28945330/ 019-9025960.
No comments:
Post a Comment