Friday, June 19, 2015

PROTEIN TERBAIK: DARI SUMBER IKAN ATAU DAGING?



Setiap makanan yang kita makan pasti mengandungi nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh. Makanan juga memiliki kandungan nutrisi yang berbeza-beza. Ada yang mengandungi karbohidrat tinggi, protein tinggi, atau lemak tinggi. 

Sumber protein
Badan kita memerlukan protein untuk membina dan memperbaiki tisu otot,menghasilkan enzim dan hormon penting dan menyokong sistem imunisasi badan. Keperluan protein harian bergantung kepada umur, saiz, tahap kecergasan dan gaya hidup. Secara umumnya, lelaki yang besar (200lb), aktif secara fizikal, seharusnya mengambil di antara 100g hingga 200g setiap hari. Sementara wanita yang kecil (200lb) dan aktif secara fizikal, seharusnya mengambil antara 50g hingga 100g setiap hari. Berikut perbezaan kandungan protein pada daging dan ikan : 

Protein pada Daging 

Secara umum jenis daging terbahagi kepada 2 iaitu Daging Merah dan Daging Putih. Daging merah adalah jenis daging yang berwarna merah sebelum dimasak, misalnya daging lembu, kambing dan kerbau. Sedangkan daging putih ialah daging yang berwarna putih sebelum dimasak contohnya daging unggas contohnya ayam, itik, dan angsa. Protein yang terdapat pada daging merah atau daging putih termasuk protein yang tinggi.

Kandungan proteinnya sekitar 20- 24 gram per 100 gram daging.  Protein pada daging lebih mudah dicerna oleh tubuh dibandingkan protein yang berasal dari tumbuhan. Daging juga memberikan asid amino esensial yang lengkap dan seimbang. Selain itu, daging juga mengandung nutrisi lainnya seperti mikro nutrien, omega-3, vitamin B, Vitamin D, zat besi, zinc dan selenium. Daging merah memang sering dikaitkan dengan penyakit seperti stroke, jantung kerana kolesterol yang tinggi di dalamnya. 

Sumber daging putih

Sumber daging merah


Protein pada Ikan 

Protein yang terdapat pada ikan juga sangat tinggi. Protein pada ikan tersusun atas asid amino esensial yang lengkap dan mudah dicerna dibanding protein dari sumber haiwan. Protein merupakan sumber nutrisi yang sangat penting untuk pertumbuhan. Dalam 100 gram ikan terkandung sekitar 16-27 gram protein. 

Ikan diperkaya dengan Omega-3

Kandungan protein ini jelas sangat tinggi jika dibandingkan dengan protein pada haiwan. Protein dalam ikan juga memiliki daya cerna yang lebih baik dan nilai biologis yang baik. Sedangkan kandungan lemaknya berbeza dari lemak yang ditemukan dalam daging lembu atau daging ayam. 

Biasanya seseorang individu membatasi pengambilan makanan bersumberkan daripada daging kerana khuatir mengandungi kolesterol yang tinggi.
Namun pada ikan, lemak yang terkandung di dalamnya ialah lemak yang biasa disebut omega-3. Lemak yang terkandung dalam ikan berbentuk cairan sehingga biasa disebut dengan minyak ikan. 

Lemak pada ikan mengandungi DHA yang berperanan penting dalam susunan jaringan otak sehingga diperlukan untuk pertumbuhan otak bayi. DHA hanya ada di dalam ASI dan ikan. Jika diperhatikan, banyak sekali produk susu atau makanan anak-anak yang menmpromosikan kandungan DHA sebagai salah satu cara untukmeningkatkan nilai jualan agar memiliki kualiti sehebat ASI.Omega-3 dalam ikan membantu mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit jantung dan hipertensi.Asid lemak akan diubah menjadi HDL (kolesterol baik) sehingga menurunkan risiko penyempitan pembuluh darah di jantung.

No comments:

Post a Comment