Sunday, June 28, 2015

PENGERTIAN AQIQAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini kami ingin kongsikan berkaitan akikah. Apa maksud sebenar akikah? 
Pengertian akikah dari segi bahasa adalah 'rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawanya waktu lahir.' Demikian pendapat 'Ubaid, Ashmu'i dan Zamakhsyari.

Antara pengertian lain, akikah menurut bahasa ertinya 'memotong'. Pada asalnya ialah rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan dengan akikah kerana ianya harus dipotong (dicukur). 

Menurut istilah pula, akikah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan akikah adalah haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu. 

Manakala menurut syarak, akikah pula ialah 'penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, disamping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.

Manakala akikah dalam pengertian lain ialah binatang ternakan yang berkaki empat yang disembelih ketika hendak mencukur rambut kepala anak yang baru dilahirkan, sama ada disembelih pada hari ketujuh atau selepasnya. Antara binatang ternakan adalah unta, lembu, kerbau, biri-biri, kibas dan kambing.

Penyembelihan ketika aqiqah


HUKUM AQIQAH

Hukum melakukan akikah itu adalah sunat mu'akkat iaitu sunat yang sangat digalakkan oleh Islam. Sebagaimana perbuatan Nabi Muhammad s.a.w ketika Baginda menqaqiqahkan cucundanya Hassan dan Hussain a.s. Ianya bukanlah perkara yang wajib dilakukan kerana hal ini pernah ditanya kepada Rasulullah, lalu Baginda bersabda yang maksudnya,

'Baginda bersabda: "Barangsiapa yang dikurniakan baginya anak, lalu dia ingin menyembelihkan untuk anaknya maka sembelihlah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaanya dan bagi anak perempuan seekor kambing."[HR. Abu Daud].
Imam Syafi'e juga berpendapat bahawa melaksanakan aqiqah adalah sunat mu'akkat.



JENIS HAIWAN DAN KADAR AQIQAH

Haiwan yang digunakan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

-Kambing, biri-biri dan kiba (melebihi satu tahun).
-Lembu dan kerbau (melebihi dua tahun).
-Unta (melebihi lima tahun).

Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak yang mempunyai empat kaki, dalam keadaan tidak cacat, tidak buta, tidak bunting dan tidak terlalu kurus. 
Menurut Imam Malik, As-Syafi'e, Ahmad dan jumhur ulama', bahawa aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). 

Perlaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut:

-Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
-Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
-Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
-Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
*Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Manakala rusa, kijang dan kancil tidak termasuk dalam kategori Bahimatul An'aam. Maka ketiga-tiga haiwan tersebut (rusa, kijang dan kancil) tidak boleh untuk dijadikan sebagai haiwan aqiqah.

Ada jua  bayi yang tidak diakikahkan ketika kecil atas sebab tertentu. Namun apabila anak sudah dewasa, maka sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat akikahnya.
Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah dirinya sendiri.

Semoga perkongsian ini dapat menambahkan ilmu anda semua..



No comments:

Post a Comment